Utusan Borneo (Sabah)

20 pasukan veteran mula bertarung

Liga Perpaduan Sabah 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sebanyak 20 pasukan Veteran Campuran memulakan persaingan Liga Perpaduan Sabah 2018 di Stadium Penampang pada Sabtu.

Majlis perasmian liga untuk edisi Ke-9 anjuran Kelab Bolasepak Perpaduan Penampang (KBPP) itu telah disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun, dengan disaksikan oleh pengerusi penganjur Edwin Jomiji.

Luvita dalam ucapan beliau merakamkan syabas kepada pihak penganjur atas inisiatif berterusan menganjurk­an kejohanan itu untuk tahun kesembilan berturut-turut.

“Masyarakat Penampang boleh berbangga menyokong penganjura­n pertanding­an ini kerana hari ini, liga ini bukan sahaja disertai oleh para pemain dari daerah Penampang, tetapi juga melibatkan penyertaan dari daerah-daerah lain seperti Kudat, Pitas, Kota Belud, Kadamaian, Kota Marudu dan Tuaran.

“Selain itu, badanbadan kerajaan juga telah menunjukka­n minat menyertai liga ini, dan ini dibuktikan dengan penyertaan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara serta juga Jabatan Pelajaran,” jelas beliau.

“Dengan adanya liga ini, pembanguna­n bolasepak di Penampang pastinya akan berterusan.

“Sehubungan dengan itu, saya juga berharap liga seperti ini dapat dijalankan untuk kategori wanita kerana saya melihat daerah Penampang ini juga memiliki ramai bakat dan ini boleh meningkatk­an lagi cabaran kita di kejohanan kejohanan peringkat lebih tinggi khususnya di Sukan Sabah (SAGA),” tambah Luvita.

Selain kategori veteran campuran, kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Kompleks Sukan Penampang dan Pejabat Daerah Penampang itu juga mempertand­ingkan kategori Super Veteran yang disertai oleh 16 pasukan.

“Masyarakat Penampang boleh berbangga menyokong penganjura­n pertanding­an ini kerana hari ini, liga ini bukan sahaja disertai oleh para pemain dari daerah Penampang, tetapi juga melibatkan penyertaan dari daerah-daerah lain seperti Kudat, ” Pitas, Kota Belud, Kadamaian, Kota Marudu dan Tuaran. LUVITA KOISUN Pegawai Daerah Penampang

 ??  ?? LUVITA melakukan sepak mula simbolik perasmian Liga Perpaduan Sabah 2018 di Stadium Penampang pada Sabtu.
LUVITA melakukan sepak mula simbolik perasmian Liga Perpaduan Sabah 2018 di Stadium Penampang pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia