Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Labuan tubuh PBK

Dengan kerjasama MPP Zon WP Labuan

-

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutua­n Labuan akan bekerjasam­a dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wilayah Persekutua­n Labuan bagi menubuhkan Pasukan Bomba Komuniti (PBK).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutua­n Labuan Zainal Madasin berkata, penubuhan Pasukan Bomba Komuniti di setiap kampung termasuk di kawasan perumahan bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n kebakaran dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ia juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi sebelum diperluask­an kepada penduduk di setiap kampung dan perumahan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan menganjurk­an bengkel Bomba Komuniti kepada pemimpin MPP Negeri dan ketua-ketua kampung sebagai usaha memberikan pendedahan awal kepada pemimpin di peringkat akar umbi sebelum diperluask­an kepada penduduk di setiap kampung dan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an taklimat mengenai Bomba Komuniti sempena Kunjungan Hormat AJK Tertinggi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Negeri di pejabatnya.

Rombongan MPP diketuai Pengerusi MPP Zon Negeri Bungso Mohammad, Setiausaha MPP Zon Negeri Haji Chemat Haji Mustapha serta para pengerusi MPP Subzon Labuan.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Mohd Rashidi Awang Jaman dan Penolong Pengarah Latihan JBPM Norazizan Haji Awang.

Zainal berkata, penubuhan Bomba Komuniti adalah salah satu bentuk transforma­si JBPM mendekati masyarakat bagi menyampaik­an mesej dan maklumat berhubung aspek keselamata­n kebakaran.

“Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti di setiap kampung termasuk di kawasan perumahan bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n ” kebakaran dalam kalangan masyarakat. ZAINAL MADASIN Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutua­n Labuan

 ??  ?? ZAINAL (tengah) dan Bongsu (lima kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa Tertinggi MPP Zon Negeri bergambar kenangan selepas kunjungan hormat itu.
ZAINAL (tengah) dan Bongsu (lima kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa Tertinggi MPP Zon Negeri bergambar kenangan selepas kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia