Utusan Borneo (Sabah)

SMPO bakal miliki bangunan baharu

JKR akan laksana tender dalam tempoh terdekat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS pendidik serta ibu bapa yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi (tengah).

SIPITANG: Sekolah Menengah Pengiran Omar (SMPO) Sipitang bakal memiliki bangunan baharu tidak lama lagi yang akan memberi keselesaan kepada guru dan pelajarnya.

Ia berikutan persetujua­n kerajaan memenuhi permintaan yang disuarakan sejak dua tahun lalu, sama ada untuk membina bangunan baharu atau menaik taraf bangunan sedia ada.

SMPO merupakan salah sebuah sekolah tertua di Sipitang. Daerah ini mempunyai lapan sekolah menengah termasuk sebuah sekolah vokasional.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata projek pembanguna­n infrastruk­tur SMPO itu diusahakan Kementeria­n Pendidikan dan pelaksanaa­nnya akan dilaksana menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Projek bina sekolah S M P O ini sudah diluluskan oleh Kementeria­n Pendidikan dan difahamkan sudah diagih kepada JKR yang akan mengeluark­an proses tender pada bila-bila masa,” katanya sambil berharap pelaksanaa­nnya dapat dimulakan tahun ini.

Berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMPO di sini, Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata pelaksanaa­n projek berkenaan merupakan sebahagian usaha kerajaan memperkasa agenda pendidikan.

“Projek bina sekolah SMPO ini sudah diluluskan oleh Kementeria­n Pendidikan dan difahamkan sudah diagih kepada JKR yang akan mengeluark­an proses tender pada bila-bila masa. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

Katanya, banyak sekolah di Sipitang sudah mendapat manfaat program kerajaan, sekali gus membantu usaha ke arah melahirkan modal insan untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.

Mengenai SMPO, Sapawi memuji pencapaian cemerlang akedemik dan kokurikulu­m sekolah berkenaan yang terus meningkat dari setahun ke setahun.

Beliau berkata projek bina SMPO itu akan menjadi satu lambang pembanguna­n sekolah yang akan menyuntik semangat guru dan pelajarnya untuk lebih cemerlang, sekali gus menjadi ‘role model’ pembanguna­n sekolahsek­olah di Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? WARGA
WARGA
 ??  ??
 ??  ?? BANGUNAN SMPO Sipitang
BANGUNAN SMPO Sipitang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia