Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Sandakan taja pengangkut­an empat pelajar

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PERGERAKAN Wanita Umno Sandakan telah menaja kos pengangkut­an bagi empat orang untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang kulinari di Illic Management & Technical Academy, Ipoh, Perak.

Surat tajaan berupa tiket penerbanga­n itu telah diserahkan oleh Ketua Wanita Umno Sandakan Noraini Sulong kepada empat penerima di Pejabat Umno Sandakan pada Ahad.

Dalam pertemuan berkenaan, beliau turut berpesan agar keempatemp­at penerima itu untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam bidang yang diceburi.

Beliau juga mengingatk­an mereka agar fokus dalam sesi pengajian dan mengumpul seberapa banyak ilmu, kemahiran dan pengalaman sepanjang berada di akademi berkenaan.

Kesemua penerima itu akan mengikuti Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 2) di Illic Management & Technical Academy selama sembilan bulan bermula April ini.

Ketika ditemui, empat pelajar lelaki itu melahirkan penghargaa­n kepada pergerakan Wanita Umno Sandakan kerana telah memberi mereka peluang untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

Mereka juga menanam impian untuk sukses dalam kursus berkenaan meskipun bidang kulinari sinonim dengan golongan wanita.

Untuk rekod, ia merupakan kali kedua Wanita Umno Sandakan menaja pengangkut­an kepada mereka yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran ke akademi itu.

 ??  ?? NORAINI dan barisan Wanita Umno Sandakan bersama empat pelajar yang menerima tajaan.
NORAINI dan barisan Wanita Umno Sandakan bersama empat pelajar yang menerima tajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia