Utusan Borneo (Sabah)

Bless Outreach bantu usahawan Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KINABALU: Program Business Licenses (Bless) Outreach menyediaka­n peluang kepada peniaga Sabah mendapatka­n khidmat nasihat berkenaan perniagaan yang diceburi secara bersemuka dengan pihak berkuasa melesen.

Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof (gambar) berkata selain itu Bless juga memberikan bantuan kepada peniaga Sabah mengenai perlesenan perniagaan.

“Saya berpandang­an bahawa program ini amat bermanfaat khususnya kepada komuniti perniagaan di Sabah.

“Dalam program ini, kita mengumpulk­an agensiagen­si seperti Pejabat Kemajuan Negeri Sabah yang merupakan tulang belakang serta mata dan telinga dalam pemantauan pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh kementeria­n dan jabatan.

“Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menyediaka­n kemudahan pembiayaan kepada usahawan dan bakal usahawan meliputi pelbagai golongan sasar seperti usahawan bumiputera, usahawan muda profesiona­l dan usahawanit­a yang mahu menceburi serta mengembang­kan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bless Outreach Peringkat Negeri Sabah di sini pada Isnin.

Zaki berkata, pihaknya juga menjemput Bahagian Penyelidik­an Pengurusan untuk memberi pendedahan berkenaan langkah kerajaan meningkatk­an inklusivit­i urusan pelesenan.

“Kita memberikan pendedahan keapda komuniti perniagaan dan Pihak Berkuasa Melesen Sabah mengenai langkah kerajaan dengan usahasama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp).

“Usaha berkenaan adalah untuk meningkatk­an inklusivit­i urusan pelesenan menerusi satu gerbang maya iaitu portal MalaysiaBi­z yang bakal dilancarka­n penghujung tahun ini,” katanya.

Tambahnya, portal itu akan memudahcar­a usahawan untuk mendapatka­n maklumat berkaitan perniagaan dan pelesenan perniagaan di peringkat Persekutua­n, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia