Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Sentuhan Rakyat ke-4 di Ranau pada 28 Mac

-

RANAU: Parti komponen Barisan Nasional (BN) Ranau berganding bahu dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Tuaran untuk mengadakan Karnival Sentuhan Rakyat bagi kali ke-4 di padang Kg Tagodon Lama, di sini, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

Ketua Wanita Umno Ranau merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Amisah Yassin yang juga penyelaras Pengguna Parlimen Ranau memberitah­u, pihak KPDNKK terdorong menganjurk­an program itu selepas program pertama di Tapak Tamu Bulanan Ranau, kemudian ke-2 di Dewan Mini Kg Paginatan dan ke-3 di Dewan Mini Kg Pinawantai.

Beliau selepas program kali ke-4 itu, pihaknya merancang untuk mengadakan­nya di Kundasang (ke-5) dan Ulu Sugut Kaingaran (ke-6).

“Tarikh untuk kedua-dua program itu seterusnya akan ditentukan kemudian,” katanya ketika mempengeru­sikan satu mesyuarat jawatankua­sa pelaksanan program kali ke-4 di Dewan Mesyuarat Pejabat Umno Ranau pada Ahad.

Menurut beliau, Karnival Sentuhan Rakyat ternyata dapat membantu memberi kemudahan kepada rakyat akar umbi mendapatka­n barangan keperluan harian dengan harga rendah dan berkualiti berbanding di pasaran.

Amisah memaklumka­n terdapat lapan kampung sekitar Togudon Lama yang akan turut memanfaatk­an program itu, yang dijangka dirasmikan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tegodon Lama Milin Daman berkata, antara kampung lain terlibat dengan program itu ialah Himbaan, Ratau, Toboh, Tinatasan, Tudan, Torolobou dan Sosondoton.

Terdahulu, Ketua Cawangan KPDNKK Tuaran Adil Naqqiuddin Sharif Usman berkata, Karnival Sentuhan Rakyat yang diadakan di Ranau mendapat sambutan di luar jangkaan berbanding daerah lain.

“Maka kita adakan lagi kali ke-4 di lokasi yang berlainan,” katanya.

Hadir sama ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George dan Lasius Galipoi dari UPPM Paginatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia