Utusan Borneo (Sabah)

Miliki syabu, ganja: Lelaki didenda RM11,000, penjara 24 bulan

Lelaki didenda RM11,000 atau penjara 24 bulan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM11,000 atau penjara 24 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki ganja dan syabu.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Bernard Peter, 41, selepas mengaku salah untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Tertuduh dikenakan denda RM8,000 atau penjara 16 bulan, kerana memiliki Methamphet­amine seberat 0.55 gram, disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala bagi kesalahan memiliki ganja seberat 0.08 gram, tertuduh didenda RM3,000 atau penjara enam bulan, yang disabitkan mengikut Seksyen 6 akta sama.

Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 3 Januari jam 4.10 petang, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Nambazan, Penampang.

Mengikut fakta kes yang dikemukaka­n Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit, tertuduh ditangkap semasa Ops Tapis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Tertuduh dengan sendiri menyerahka­n kepada pihak polis, satu bekas menyimpan cermin mata yang diambil dari atas meja.

Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati, satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih dipercayai syabu dan satu lipatan kertas berisi tumbuhan kering ditemui.

Kedua-dua barang kes dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, disahkan Methamphet­amine seberat 0.55 gram dan ganja 0.08 gram.

“Kedua-dua kesalahan dilakukan pada 3 Januari jam 4.10 petang, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Nambazan, Penampang. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia