Utusan Borneo (Sabah)

Drama Mona Lisa adaptasi drama Korea lakonan Zara Zya, Nazim Othman

Lakonan Zara Zya, Nazim Othman

-

ISTIMEWA bulan Mac ini, Astro Prima bakal membawakan sebuah lagi naskah terbaharu menerusi slot Tiara berjudul ‘Mona Lisa’ yang diadaptasi daripada naskah ‘The Women’s Room’, sebuah drama Korea popular yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2013 bagi menggantik­an drama ‘Syurga Yang Kedua’ yang sudah pun hampir tiba ke penghujung­nya tidak lama lagi.

Menarik lagi, drama ini juga bakal menampilka­n pelakon popular tanah air iaitu Zara Zya, Nazim Othman, Hafreez Adam dan Mona Allen yang digandingk­an bersama selalu teraju utama menerusi drama ini.

Drama 80 episod terbitan produksi Radius One ini diarahkan oleh sutradara Shahrul Ezad Mohameddin.

Ia berkisarka­n kisah seorang wanita jelita bernama Melisa yang mempunyai segala-galanya dan juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah 5 bintang.

Beliau juga mempunyai teman lelaki bernama Johan yang juga merupakan pengurus besar di hotel berkenaan.

Kehidupan beliau yang sempurna mula berubah apabila seorang wanita bernama Ramona muncul dalam hidupnya.

Melisa dan Ramona mula berkawan, tetapi secara diam Ramona sebenarnya begitu mencemburu­i kehidupan yang Melisa miliki dan merancang untuk merampas kebahagian tersebut.

Konflik sebenar bermula apabila Melisa membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan mempertaha­nkan hak yang beliau miliki.

Barisan pelakon ‘Mona Lisa’ yang lain antaranya, Amyza Adnan, Iman Suhana, Roy Azman, Laila Nasir, Elmy Moin, Fatin Afeefa, Shah Radhi Hazvee, Shahriza Mahmud dan ramai lagi.

Drama ‘Mona Lisa’ berdurasi selama 60 minit ini bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 20

Mac 2018 menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD.

 ??  ??
 ??  ?? EMPAT teraju utama drama bersiri panjang Mona Lisa iaitu (dari kiri) Hafreez Adam, Zara Zya, Mona Allen dan Nazim Othman temui penonton mulai 20 Mac ini.
EMPAT teraju utama drama bersiri panjang Mona Lisa iaitu (dari kiri) Hafreez Adam, Zara Zya, Mona Allen dan Nazim Othman temui penonton mulai 20 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia