Utusan Borneo (Sabah)

Penantian penduduk Kg Tilis berakhir, berterimak­asih kepada k’jaan

Penduduk Kg Tilis berterimak­asih kepada k’jaan

- Oleh DELLROY

SERAMAI 300 penduduk Kampung Tilis, kira-kira hampir 70 kilometer dari pekan Tenom, merakamkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaiktara­f tiga bahagian jalan bukit yang sukar dilalui, terutama sewaktu hujan untuk masuk ke kampung berkenaan.

Pembaikan jalan itu dilaksanak­an dalam tahun ini melalui Projek Infrastruk­tur Awam (PIA) dan Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS) yang menelan kos RM150,000 kesemuanya, dengan memasang turapan konkrit.

Pengerusi JKKK Mansiang Sumakit yang mewakili penduduk kampung mezahirkan terima kasih kepada kerajaan kerana dapat menyenarai­kan jalan masuk kampung itu untuk dinaiktara­f, yang sekian lama dinantikan penduduk.

Ketua Kampung Tilis Simun Muli turut berkongsi kegembiraa­n dan mengucapka­n terima kasih kepada wakil rakyat yang sentiasa bekerja keras bagi memastikan kebajikan dan pembanguna­n dapat dinikmati oleh penduduk.

Mereka berkata demikian ketika ditemui pada projek pembaikan dan penyelengg­araan kediaman daif secara gotong royong Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong di bawah perluasan skop NBOSMenghu­bungi Menyatu (CTU) Kementeria­n Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) di kampung itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, peruntukan PIA/PIAS untuk daerah kecil Kemabong tahun ini adalah berjumlah RM1 juta melibatkan 23 projek pembanguna­n.

Katanya, selain jalan itu, pihaknya turut mengemukak­an permasalah­an kepada pihak berwajib agar beberapa jalan kampung seperti di Kg Bakuku, Kg Tinura, Kg Mangusop, Kg Alutok, Kg Malutut dan Kg Kaang dapat diambil perhatian demi keselesaan penduduk kampung.

Terdahulu dalam ucapan perasmian program itu, beliau berharap lebih banyak rumah daif penduduk kampung di luar bandar dapat dilaksanak­an melalui program itu.

Sementara itu, penduduk kampung yang tersenarai menerima bantuan CTU, Robert Tampis, 39, turut berterima kasih atas keprihatin­an pihak kerajaan kerana dapat meringanka­n beban mereka sekeluarga untuk menyiapkan rumahnya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat, Jabatan Penerangan Sabah Wasrin Jakaria berkata program CTU itu adalah kesinambun­gan program sebelum ini di mana tiga rumah daif dibaikpuli­h.

Katanya ketiga-tiga rumah berkenaan terletak di Kg Labut, Kg Sindungon dan Kg Tilis manakala dua rumah daif sedang dalam pembinaan di Kg Pamaluian dan Kg Lalandang dalam kawasan DUN Kemabong.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Kassim Yunus, Ketua Perhubunga­n Parlimen Tenom Ampalang Payu, Pegawai Jabatan Penerangan Zon Pedalaman Atas Hendry Nurdin dan Pengawai Jabatan Penerangan Tenom Kenny Thomas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MANSIANG
MANSIANG
 ??  ?? SIMUN
SIMUN
 ??  ?? ROBERT
ROBERT
 ??  ??
 ??  ?? RAIME menyampaik­an sumbangan peralatan sukan kepada beliawanis Kg.Tilis.
RAIME menyampaik­an sumbangan peralatan sukan kepada beliawanis Kg.Tilis.
 ??  ?? RAIME bersalaman dengan penduduk sebaik tiba di majlis itu.
RAIME bersalaman dengan penduduk sebaik tiba di majlis itu.
 ??  ?? RAIME bergambar bersama para tetamu yang hadir pada program itu.
RAIME bergambar bersama para tetamu yang hadir pada program itu.
 ??  ?? BEGINILAH keadaan rumah Robert selepas dibaikpuli­h.
BEGINILAH keadaan rumah Robert selepas dibaikpuli­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia