Utusan Borneo (Sabah)

UMS miliki resort sendiri, meterai MoA bersama TTSB

Meterai MoA bersama TTSB bangunkan ‘Teaching Resort’

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Traverse Tours Sdn Bhd (T T S B) telah dimeterai bagi membangunk­an ‘Teaching Resort’ di dalam kampus universiti berkenaan.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, usahasama yang terjalin bakal menjadikan UMS sebagai universiti pertama yang mempunyai resort sendiri bagi tujuan latihan dan memberi pengalaman industri kepada para pelajar.

“Resort ini akan menyediaka­n kemudahan 30 unit chalet berkonsepk­an ‘eco-friendly’ beserta kemudahan restoran serta spa yang bakal menarik para pelancong luar dan dalam negara menginap di tepi pantai di kelilingi suasana kampus.

“Teaching Resort ini bakal memberi nilai tambah yang tidak ternilai kepada para pelajar perhotelan dan pelanconga­n UMS bagi memenuhi pasaran kerja dan industri.

“Ia turut selari dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) yang mahu memperkasa­kan konsep ‘industry in campus’ dengan membawa pihak industri bekerjasam­a dengan universiti,” katanya pada majlis MoA antara UMS dan TTSB di sini pada Selasa.

Beliau berkata, antara lain ia turut menekankan industri 4.0 dalam aplikasi operasi resort itu yang akan turut memberi dimensi baharu kepada konsep pembelajar­an alaf baharu.

Katanya, jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak itu turut sejajar dengan tiga teras utama dalam Sabah Leap 2035 yang memfokuska­n kepada tiga tunjang utama bagi menjadikan negeri ini maju setanding dengan negeri lain dalam pelanconga­n, sawit, minyak dan gas sebagai pemangkin utama kepada ekonomi Sabah.

“Resort yang dibangunka­n oleh pihak TTSB akan menekankan konsep alam semulajadi dengan gabungan kontempora­ri.

“Hasil kolaborasi bersama pihak industri akan memberi nilai tambah dan kelebihan kepada bakal graduan khususnya dalam bidang pelanconga­n dan hospitalit­i, selain menyasarka­n untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah Urusan TTSB Dares Saham @Octavius, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Zaki Tun Azmi serta tetamu kehormat yang lain.

“Usahasama yang terjalin bakal menjadikan UMS sebagai universiti pertama yang mempunyai resort sendiri bagi tujuan latihan dan memberi pengalaman industri kepada para pelajar. Resort ini akan menyediaka­n kemudahan 30 unit chalet berkonsepk­an ‘eco-friendly’ beserta kemudahan restoran serta spa yang bakal menarik para pelancong luar dan dalam negara menginap di tepi pantai kampus.” di kelilingi suasana PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

 ??  ?? KAMARUDIN (dua kiri) bertukar dokumen MoA dengan Dares sambil diperhatik­an Yeo (belakang, tengah) dan tetamu kehormat lain.
KAMARUDIN (dua kiri) bertukar dokumen MoA dengan Dares sambil diperhatik­an Yeo (belakang, tengah) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia