Utusan Borneo (Sabah)

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan disemak semula

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan pada Selasa, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu perlu dilakukan memandangk­an media hari ini hampir dikuasai media alternatif.

“Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedaya upaya mahu beri kebebasan semua penulisan, penerbitan dan penyiaran yang tidak terlalu terkongkon­g dengan garis panduan.

“Ia mungkin sesuai pada masa dulu tapi hari ini ianya perlu dimodifika­sikan tanpa mengkompro­mikan etika kewartawan­an,” katanya.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN telah mengeluark­an satu surat amaran tegas, dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab kepada media dan pencetak pada tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga sedar kebanyakan syarikat media tradisiona­l baik media elektronik dan cetak hari ini menghadapi cabaran dari segi pendapatan yang kian berkuranga­n kerana majoriti kini lebih memilih media bukan tradisiona­l.

Katanya kebanyakan media tradisiona­l juga dianggap bersikap berat sebelah kepada kerajaan dalam berita yang disampaika­n.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, Ahmad Zahid berkata KDN harus dilihat sebagai rakan kongsi dan bukan pihak berkuasa yang terus memberi tekanan pada industri.

“Kita saling memerlukan dan kalau dulu pena dianggap lebih tajam daripada senjata, sekarang pena bertukar ke maklumat di hujung jari. Ini cabaran untuk media dan KDN,”katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid beramah mesra dengan ketua-ketua pengarang pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya pada Selasa.
GambarBern­ama AHMAD Zahid beramah mesra dengan ketua-ketua pengarang pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia