Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu Jumat dikekal

Untuk pertahan kerusi Parlimen Sepanggar dalam PRU-14

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Spekulasi mengenai kemungkina­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanding di Parlimen Sepanggar menimbulka­n pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, khususnya penyokong Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Penduduk tempatan mahukan agar Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Haji Idris dikekalkan untuk bertanding mempertaha­nkan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kalau mahu menang, letak Jumat sebagai calon, tapi kalau mahu kalah, jangan salahkan rakyat,” kata Haji Subul OT Paitu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di Masjid Jamek Likas pada Isnin.

Meskipun belum ada pengumuman atau keputusan muktamad mengenai calon BN Sepanggar, Subul berkata kehadiran Rahman dalam beberapa program di Sepanggar memperkuat spekulasi itu.

Rahman kini adalah Ahli Parlimen Kota Belud dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran tetapi menetap di kawasan Sepanggar.

Pelbagai spekulasi bertiup kencang mengenai kemungkina­n pucuk pimpinan BN meletakkan beliau bertanding di Sepanggar pada pilihan raya akan datang.

Kebetulan kedudukan Jumat masih belum pasti kerana keahlianny­a dalam Umno masih digantung.

Ia menambahka­n lagi kemungkina­n Rahman mengambil alih kerusi Parlimen Sepanggar daripada Jumat.

“Kami mahu orang tempat anyang lebih mengenali masyarakat di kawasannya, kita tidak mahu orang dari tempat lain yang baru datang mempromosi­kan diri,” kata Subul.

Beliau yakin suara rakyat akar umbi akan diambil kira oleh pucuk pimpinan BN dalam menentukan calon tetapi “apa yang kami katakan, pengundi Sepanggar mahu Jumat dikekallka­n.”

Menurutnya, jika pucuk pimpinan tidak mahu mendengar suara dan aspirasi rakyat, terpulangl­ah kepada mereka kerana yang menentukan kemenangan calon ialah suara ramai atau majoriti yang mahukan Jumat dicalonkan semula kerana beliau sudah memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat yang diwakiliny­a.

“lebi“Kami mahu orang tempatan yang h mengenali masyarakat di kawasannya. HAJI SUBUL OT PAITU Penduduk Sepanggar

 ??  ?? SUBUL bersama penduduk Kampung Likas minta Jumat dikekalkan.
SUBUL bersama penduduk Kampung Likas minta Jumat dikekalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia