Utusan Borneo (Sabah)

Lebih ramai pelajar timba pengetahua­n Alkitab

-

TUARAN: Kerja keras Upko dalam mempromosi­kan pengajaran pengetahua­n Alkitab di sekolah berhasil di mana lebih 1,000 pelajar mengambil subjek itu di seluruh Sabah sekarang.

“Saya baru sahaja menerima pesanan untuk 600 naskah lagi selain 750 naskah buku teks yang telah diedarkan kepada sekolah-sekolah di negeri ini.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini, kita akan mempunyai sejumlah besar pelajar yang mempelajar­i pengetahua­n Alkitab di Sabah,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Dalam dua majlis berasingan pada Isnin, beliau yang juga pemangku presiden Upko menyerahka­n 50 naskah buku teks pengetahua­n Alkitab kepada SM St John dan 35 naskah kepada SMK Tun Fuad Stephens di Kiulu.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata walaupun subjek itu telah berada dalam kurikulum pendidikan untuk beberapa waktu tetapi tidak ramai yang memgambiln­ya kerana cabaran yang berkaitan dengannya.

“Oleh kerana tidak ramai pelajar mengambil subjek ini, ditambah dengan cabaran seperti kekurangan guru antara lain, pembelajar­an pengetahua­n Alkitab hampir dilupakan,” katanya.

Galakan pengetahua­n Alkitab adalah keutamaan Upko, susulan permintaan untuk menjadikan­nya subjek elektif dalam SPM dibuat oleh mantan presiden Tan Sri Bernard Dompok ketika beliau menjadi anggota Kabinet Persekutua­n pada tahun 2011.

“Kami tahu cabaran ini apabila kerajaan memberi kelulusan... jadi Tan Sri Bernard berkata Upko akan melaksanak­an peranannya dan beliau menawarkan untuk menyediaka­n buku teks,” katanya.

 ??  ?? MADIUS bersama Lokuin dan para pelajar SMK Tun Fuad Stephens selepas majlis penyampaia­n buku teks pengetahua­n Alkitab.
MADIUS bersama Lokuin dan para pelajar SMK Tun Fuad Stephens selepas majlis penyampaia­n buku teks pengetahua­n Alkitab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia