Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan sedia insentif TPIP

Untuk memperkasa industri pelanconga­n

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan menyediaka­n insentif Tabung Pembanguna­n Infrastruk­tur Pelanconga­n (TPIP) kepada pemain industri pelanconga­n di Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata TPIP yang ditawarkan kepada pemain industri berkenaan adalah sebagai satu kemudahan pembiayaan dana pelanconga­n berbentuk pinjaman.

“Dana ini adalah untuk membantu pengusaha yang ingin membangun atau meningkatk­an mutu produk pelanconga­n mereka, khususnya projek penginapan seperti hotel, resort dan chalet.

“Produk bukan penginapan seperti taman tema, galeri, muzium, restoran pelanconga­n, pusat persidanga­n dan lain-lain projek yang diklasifik­asikan oleh pihak kementeria­n juga boleh mendapatka­nnya.

“Pembiayaan TPIP adalah terbuka kepada syarikat pengusaha pelanconga­n tempatan yang mempunyai modal berbayar sekurang kurangnya RM5 juta atau 20 peratus daripada jumlah permohonan pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Ketrampila­n Bersama Penggiat Industri Pelanconga­n Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Masidi berkata jumlah had minimum pinjaman TPIP yang ditawarkan adalah sebanyak RM5 juta dan had maksimum sejumlah RM100 juta.

Katanya kadar faedah bagi pinjaman berkenaan adalah 4 sehingga 6 peratus.

“Ini bermaksud ia adalah rendah dan kompetetif berbanding bank komersil yang lain,” katanya.

Namun, Masidi berkata permohonan pembiayaan bagi pemain industri di Sabah kurang menggalakk­an.

Dalam pada itu, beliau meminta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia memberi kelonggara­n berkenaan syarat kelayakan kepada Sabah.

Hal demikian, kerana Sabah mempunyai rekod sebagai pemain industri pelanconga­n terbaik pada tahun lalu.

Selain itu katanya, ia juga dapat membantu untuk memperbany­akkan tempat penginapan kepada pelancong yang datang ke Sabah.

“Dari China sahaja, sebanyak 86 penerbanga­n seminggu datang ke Sabah, tidak termasuk penerbanga­n sewa khas.

“Jadi, kita andaikan bahawa industri pelanconga­n Sabah akan lebih berkembang sekiranya cukup tempat tinggal di sini.

“Cuma masalahnya, bukan mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman daripada bank untuk membina hotel seumpamany­a,” katanya.

 ??  ?? MOHANA (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masidi (kiri) selepas majlis perasmian program itu.
MOHANA (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masidi (kiri) selepas majlis perasmian program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia