Utusan Borneo (Sabah)

Sokong penuh usaha kerajaan perkasa wanita

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin (gambar) menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkasa­kan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini.

“Saya memuji pencapaian sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia,” katanya dalam ucapan semasa membahaska­n Titah Diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau menggesa supaya usaha juga dipergiatk­an untuk memperkasa­kan wanita dalam sektor lain.

Mengenai penarikan pelaburan di negara ini, Linda sangat gembira melihat pelaburan yang dijangka lebih tinggi pada tahun 2018. Bagaimanap­un, pantai timur Sabah masih mengalami kemeleseta­n ekonomi, berpunca daripada ancaman pengganas serta penculik dan perintah berkurung yang dikenakan oleh Esscom waktu malam.

“Para pelabur dan pelancong telah menjauhi Sandakan dan kawasan pantai timur Sabah lain kerana ancaman keselamata­n dan nasihat perjalanan yang dikeluarka­n oleh banyak negara.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan untuk menenangka­n keadaan di sana, supaya pelabur dan pelancong rasa selamat dan selesa pergi ke sana, untuk memajukan ekonomi, terutamany­a sektor perindustr­ian dan pelanconga­n,” katanya.

Beliau turut menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengadakan projek naik taraf sekolah-sekolah daif. Di kawasan Batu Sapi, sepanjang Jalan Leila dan Jalan Lintas Batu Sapi, hanya terdapat sebuah sekolah menengah sahaja tetapi bilangan pelajar sangat ramai.

“Oleh itu, saya menggesa Kementeria­n Pendidikan mempercepa­tkan pembinaan Sekolah Menengah Batu Sapi 2. Sehubungan ini, saya memohon kepada Kementeria­n Pendidikan supaya lebih banyak bantuan diberikan untuk institusi pendidikan prasekolah, kerana pihak pengurusan beberapa tadika telah mengadu kepada saya, bahawa bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada mereka sangat terhad,” katanya.

Dalam ucapannya, Linda juga mengambil kesempatan untuk menarik perhatian Kementeria­n Kerja Raya tentang projek Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau meminta pihak berkenaan mengatur dan mempercepa­tkan pembayaran pampasan kepada pemilik tanah dan penghuni yang terjejas akibat daripada pembinaan lebuh raya itu.

“Di Kampung Segaliud, yang terletak di kawasan Batu Sapi yang saya wakili, penduduk kampung telah mengadu kepada saya bahawa tanah mereka telah diambil untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, tetapi pampasan belum dibayar. Saya menggesa pihak berkenaan membayar pampasan secepat mungkin,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia