Utusan Borneo (Sabah)

Bicara kes dua remaja bunuh 23 penghuni tahfiz bermula 30 Mei

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menetapkan 12 hari bermula 30 Mei untuk perbicaraa­n kes dua remaja yang didakwa atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, dalam kejadian kebakaran yang menyayat hati, September tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 30 Mei hingga 31 Mei, 2 hingga 6 Julai serta 9 hingga 13 Julai untuk perbicaraa­n kes itu semasa sebutan kes tersebut.

Terdahulu Hakim Azman menolak bantahan awal pihak pendakwaan supaya firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co dikecualik­an atau dilarang mewakili kedua-dua tertuduh remaja itu.

Hakim itu berkata mengikut Perlembaga­an Persekutua­n setiap individu mempunyai hak untuk memilih mana-mana peguam bagi mewakili mereka.

“Pihak pembelaan juga telah menjelaska­n tidak akan berlaku apa-apa pertalian atau kaitan dengan dua saksi pendakwaan,” katanya.

Sehubungan itu firma guaman tersebut boleh mewakili keduadua remaja itu. Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak kedua-dua remaja itu.

Pada 30 Jan lepas, pihak pendakwaan mengemukak­an bantahan awal supaya peguam daripada firma guaman tersebut dikecualik­an atau dilarang mewakili kedua-dua remaja berkenaan dengan alasan firma itu telah mewakili dua tertuduh lain di Mahkamah Majistret.

Pihak pendakwaan berkata ini kerana kedua-dua remaja itu merupakan saksi utama dalam kes itu dan oleh itu pihak pembelaan mempunyai akses dan keterangan yang bakal digunakan semasa perbicaraa­n nanti.

Dua remaja lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia