Utusan Borneo (Sabah)

ICT Fair platform terbaik promosi IT

-

LABUAN: Labuan ICT Fair & Esports Challenge merupakan platform terbaik untuk mempromosi­kan industri teknologi maklumat (IT) dan sukan elektronik kepada warga Labuan.

“Pujian perlu diberikan kepada pihak penganjur iaitu Financial Park Labuan yang bekerjasam­a dengan Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah dan pihak TM Unifi, yang berjaya menganjurk­an program buat julung kalinya di Labuan ini,” kata Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Peter Mark.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu di Anggerik Square, Kompleks Ujana Kewangan, di sini pada Sabtu.

Katanya program yang berlangsun­g dari 9 hingga 11 Mac itu juga tidak akan terhasil tanpa sokongan pihak Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Labuan serta Labuan Financial Services Authority yang memberikan galakan serta mempromosi program itu, khususnya kepada golongan belia di pulau ini.

Program itu juga turut membantu peniaga khususnya dalam bidang IT memasarkan produk IT mereka kepada warga Labuan.

“Golongan belia di negara ini juga kini amat meminati bidang e-sukan yang mana ia semakin berkembang di negara ini.

“Kita melihat perkembang­an ini sebagai sesuatu yang amat positif bahkan sukan ini mendapat sokongan penuh daripada pihak KBS selaras dengan Pelan Transforma­si Negara untuk memperkuku­hkan ekonomi digital,” katanya.

Antara pengisian program itu adalah gerai pameran produk jualan IT, pertanding­an e-sports iaitu ‘Mobile Legend’ dan ‘Street Fighter’, persembaha­n robotik, ceramah mengenai IT dan lainlain.

Turut hadir, Pengurus Besar Financial Park Labuan Sdn Bhd Subramania­m Muniandy serta Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah Profesor Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim.

 ??  ?? PETER (kiri) menerima cenderahat­i ketika melawat salah satu gerai pameran.
PETER (kiri) menerima cenderahat­i ketika melawat salah satu gerai pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia