Utusan Borneo (Sabah)

Curi telefon bimbit, penganggur kena dua tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang penganggur yang mengambil kesempatan mencuri sebuah telefon pintar milik seorang wanita, ketika dalam kesusahan dikenakan penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Haszamain Harun, 26, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau keduaduany­a, bagi kesalahan kali kedua, selain pemenjaraa­n juga boleh dikenakan sebat.

Tertuduh mencuri telefon pintar milik mangsa yang berusia 21 tahun, pada 26 Februari jam 12.16 pagi, di lampu isyarat hadapan One Place Mall Putatan.

Berdasarka­n fakta kes, semasa pengadu memandu di hadapan lampu isyarat, tibatiba bahagian bonet hadapan keretanya berasap.

Ekoran daripada itu, beliau keluar memeriksa enjin kenderaann­ya, lalu datang seorang lelaki (tertuduh) yang memperkena­lkan diri sebagai mekanik.

Semasa pengadu menghubung­i abangnya, tertuduh menyatakan kereta pengadu kekurangan air di bahagian radiator.

Setiba abang pengadu di tempat kejadian, terus ke kedai berhampira­n membeli air untuk diisi di dalam radiator.

Pengadu memberikan telefon bimbitnya kepada tertuduh, apabila tertuduh memintanya menyuluh di bahagian enjin untuk melihat kerosakan.

Selepas tertuduh berpurapur­a menyuluh, tertuduh terus melarikan diri bersama telefon bimbit pengadu.

Cindy memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 1 Mac, dan barang kes dikembalik­an kepada pemilik asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia