Utusan Borneo (Sabah)

Esscom tambah pos pangkalan hadapan

Perkukuh keselamata­n pantai timur Sabah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA & YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan menambah pos pangkalan hadapan bagi memperkuku­hkan kawalan keselamata­n pantai timur Sabah.

Komander Esscom DSP Datuk Hazani Ghazali berkata adalah menjadi hasrat pihaknya untuk menambah pos pangkalan hadapan.

“Ini amat penting dalam usaha kita memperkuku­hkan lagi kawalan di perairan pantai timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata kawalan yang sedia ada sebelum ini adalah amat baik kerana penjenayah rentas sempadan dapat ditangani dengan baik berdasarka­n usaha kawalan yang dibuat oleh agensi keselamata­n yang dikawal selia oleh pihak Esscom.

“Kita juga akan meningkatk­an kawalan dan telah bersedia menghadapi pilihan raya umum yang diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Esscom Bersama Media Sandakan di sebuah hotel di sini, malam Isnin.

Katanya Esscom amat sentiasa menghargai peranan pengamal media sebagai penghubung yang mendekatka­n lagi pihak Esscom dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata kerjasama sedia wujud banyak membantu agensi pasukan keselamata­n itu dalam menyebarlu­askan liputan mengenai peranan, fungsi dan kejayaan yang dicapai oleh Esscom sepanjang 2017.

Hazani mengucapka­n terima kasih kepada semua media atas jaringan kerjasama menyampaik­an hebahan untuk Esscom dalam apa jua aspek khususnya usaha mengekang isu jenayah rentas sempadan dan sebagainya.

“Penganjura­n majlis ini merupakan inisiatif Esscom bagi meraikan dan mengiktira­f peranan, kerjasama serta sumbangan pihak media yang selama ini banyak membantu Esscom,” katanya.

Katanya media bertindak sebagai penghubung yang mendekatka­n Esscom dengan masyarakat setempat menerusi liputan berita dan kupasan artikel berkaitan isu-isu keselamata­n yang perlu dihebahkan kepada masyarakat secara konsisten dari semasa ke semasa.

Namun begitu ujarnya, dari segi etika, media atau pun kewartawan­an pihaknya mengharapk­an biarlah sesuatu kenyataan akhbar yang diberikan dapat diikuti dan bukan menyiarkan tanpa merujuk kepada Esscom.

Ia kerana jelasnya, jika berita yang disiarkan tanpa pengesahan pihak Esscom, dikhuatiri nanti disalin agensi berita luar negara sekaligus menimbulka­n keraguan tentang keselamata­n negara ini.

“Jasa baik pengamal media amat penting supaya dapat mengikut fakta yang kami berikan kerana ada sebab mengapa kami tidak dedahkan sepenuhnya sebab tidak mahu ganggu risikan mahu pun siasatan.

“Ada benda yang boleh dikeluarka­n dan ada tidak boleh dedahkan dalam akhbar,” katanya.

Dalam ucapannya, Hazani berkata pencapaian Esscom sepanjang tahun lepas serta 2018 menyaksika­n tiada kes penculikan dilaporkan, khususnya pada 2017.

Ia hasil kerja keras dan kerjasama semua pihak terutamany­a pasukan keselamata­n yang terdiri daripada PDRM, ATM dan APMM.

Katanya, ekoran operasi yang dijalankan secara berterusan menyaksika­n sebanyak 15 kes cubaan penculikan digagalkan dari 2014 sehingga 2017.

Malah tambahnya, pasukan keselamata­n menembak mati tiga anggota kumpulan Abu Sayyaf pada 8 Disember 2016 di perairan Pulau Gaya melalui penyamaran oleh Kumpulan Tiger Platun semasa Ops Coral.

Ia disusuli kejadian di mana pasukan keselamata­n menembak mati seorang penjenayah yang disyaki tali barut kepada kumpulan penculik untuk wang tebusan di perairan Pulau Burung, Kunak melalui Ops Sea pada 29 September 2017.

Pasukan khas Esscom juga menembak mati seorang komander Abu Sayyaf (Abu Paliyak) yang merupakan penjenayah rentas sempadan di perairan Silam, Lahad Datu pada 4 Disember 2017.

Pasukan keselamata­n juga menembak mati tiga suspek penjenayah yang disyaki ada kaitan Daesh pada 27 Februari 2018 di Jalan Kalabakan-Keningau, Tawau.

Dalam pada itu, Hazani menyatakan antara inisiatif Esscom pada 2017 sehinggala­h pada hari ini adalah menjalanka­n pelbagai operasi seperti Tiada Hari Tanpa Operasi, Operasi Gasak 2018, Operasi Bersepadu, Sea Check Point (Pemeriksaa­n Laut), Road Check Point (Pemeriksaa­n Daratan), Forward Post Pulau Ligitan, Sea Combact Course bersama Pasukan Keselamata­n Sri Lanka dan Program Pertemuan serta Sesi Dialog Isu-isu Keselamata­n Bersama Agensi Kerajaan dan NGO.

“Sekali lagi, saya menzahirka­n rasa bangga dan berterima kasih atas segala kerjasama dan sokongan pihak media dalam melaporkan inisiatif dan pendekatan yang telah diusahakan oleh Esscom dalam mewujudkan persekitar­an yang lebih selamat, aman dan sejahtera,” katanya.

Terdahulu itu, Ketua Biro Khas Persatuan Media Sandakan (Pemassa) Yusop Teppo dalam ucapannya menzahirka­n harapan agar majlis seperti itu akan merapatkan lagi hubungan jaringan kerjasama antara Esscom dan pihak media khususnya dalam menyalurka­n berita terkini berkenaan soal kedaulatan negara khasnya di kawasan pantai timur Sabah.

Turut diadakan pada majlis santai itu ialah Taklimat Isu dan Ancaman Keselamata­n Semasa di Esszone yang telah disampaika­n oleh Inspektor M Fakrul Hisham Ahmad Radzi selaku Inspektor Koordinasi Perisikan Esscom.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin, Ketua Staf Pusat Operasi (PUSOP) Brig Jeneral Dato’ Md Rahim Haji Mohamad, Ketua Staf Operasi Laut Laksamana (M) Kamaruszam­an Abu Hassan, Ketua Staf Operasi Udara Brig Jeneral Dato’ Abdul Razak Ahmad dan Ketua Staf Pasukan Khas SAC Mohamad Madun.

“Adalah menjadi hasrat saya untuk menambah pos pangkalan hadapan. Ini amat penting dalam usaha kita memperkuku­hkan lagi kawalan di perairan ” pantai timur Sabah. DSP DATUK HAZANI GHAZALI Komander Esscom

 ??  ?? YUSOP mewakili pihak Pemassa menerima cenderahat­i disampaika­n Hazani.
YUSOP mewakili pihak Pemassa menerima cenderahat­i disampaika­n Hazani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia