Utusan Borneo (Sabah)

Jentera BN perlu gembleng tenaga capai kemenangan besar pada PRU14 : Najib

-

KANGAR: Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menggemble­ng tenaga dengan lebih kuat bagi memastikan kemenangan yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata dengan mandat yang lebih besar itu beliau yakin kemajuan yang lebih pesat mampu dikecapi di setiap negeri dengan rakyat dapat merasai nikmat pembanguna­n itu.

“Kita bukan takbur dan Insya-Allah kita boleh menang tetapi kita mahu kerajaan yang kuat. Kita tidak boleh anggap semuanya berada dalam genggaman dan sebab itu kita perlu bekerja kuat.

“Dengan dasar yang jelas bersama kemampuan dan pelaksana anyang B Nada, kita mampu pastikan kemenangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya BN Negeri Perlis 2018 di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi MCA Perlis Datuk Chua Tee Yong dan Pengerusi MIC Perlis S. Vengadasam­y.

Najib berkata dengan mandat yang lebih besar itu nanti, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, perubahan ketara akan dapat dilihat termasuk di Perlis.

“Hebatnya di bawah kepimpinan BN ini, banyak lagi yang kita mahu buat dalam tempoh lima atau enam tahun untuk ubah rupa negara.

Apabila kerajaan kuat yang dibentuk, ia juga nanti akan dapat meningkatk­an keyakinan rakyat dan dunia. Lebih banyak pelabur nanti akan terus melabur dan nanti nilai ringgit akan terus mengukuh,” katanya.

Beliau berkata dengan pengukuhan nilai ringgit ketika ini membuktika­n tohmahan pembangkan­g adalah salah dengan membuat pelbagai dakwaan termasuk negara akan bankrap.

“Siapa kata dunia tidak ada keyakinan dengan Malaysia...siapa kata negara bankrap, kalau bankrap tidak mungkin pemimpin dunia luar datang ke Malaysia untuk membuat pelaburan,” katanya.

Perdana menteri berkata Perlis yang merupakan kubu kuat BN tidak pernah dilupakan dengan diberikan sepenuh perhatian dalam pelbagai bentuk termasuk pembanguna­n.

“Tidak pernah dalam sejarah, Perlis diberikan peruntukan 100 peratus bagi tiga Parlimen di Perlis untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR). Pahang pun tidak dapat 100 peratus ini,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia