Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n perkhidmat­an, rawatan buah pinggang di Sabah

-

KOTA KINABALU: Hospital PakarKPJSa­bah,perintisda­lam menyediaka­n perkhidmat­an buah pinggang yang berkualiti di institusi penjagaan kesihatan swasta di Sabah, menganjurk­an seminar ‘Mengoptimu­mkan Pengurusan Pesakit Penyakit Ginjal (buah pinggang)’ bertempat di dewan persidanga­nhospitalb­erkenaan pada Ahad.

Program anjuran Pendidikan Perubatan Berterusan Ginjal Swasta Malaysia (APKCPM) yang pertama di Borneo itu merupakan satu kejayaan besar dan memberi kesedaran kepada para hadirin.

Seminar itu menampilka­n penceramah pakar dalam bidang penyelidik­an dan nefrologi, dengan dihadiri lebih 160 perwakilan untuk program pendidikan, rangkaian dan inspirasi.

Presiden APKCPM Dr Morris Wo berkata, seminar itu memberi inspirasi kepada peserta dengan pendekatan baharu untuk idea dan aplikasi praktikal dalam amalan harian mereka.

Perunding Nefrologi Hospital Pakar KPJ Sabah Dr Bharathan berkata, “Ketahanan hipertensi terhadap rawatan adalah masalah yang semakin diiktiraf dan ketara dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang yang kronik.”

Beliau menyentuh banyak isu yangmeneka­nkantentan­gtopik ceramah dan menyimpulk­an bahawa pematuhan ubat, pengukuran tekanan darah yang sesuai, pengambila­n garam dan faktor gaya hidup adalah asas pengurusan tekanan darah.

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi dari KPJ Damai Dr Kenneth Wu mengulangi mengenai kepentinga­n berwaspada dalam memantau secara teratur fungsi jantung pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

“Kegagalan buah pinggang boleh menjejaska­n jantung dan kematianse­caratiba-tibaadalah biasa dalam kalangan pesakit dialisis. Oleh itu, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang mungkin mendapat manfaat yang besar sekiranya mereka dipantau secara tetap,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah Miranda Harumal menyambut baik penganjura­n seminar itu yang membantu merapatkan jurang antara teori dan amalan.

“Pusat Hemodialis­is kami terkenal dengan kepakarann­ya dalam merawat penyakit buah pinggang yang kompleks.

“Hari Buah Pinggang Sedunia juga semakin hampir, seminar ini menawarkan peluang untuk memberi sumbangan kepada kesihatan buah pinggang, penyakit, komplikasi, rawatan dan pengurusan,” katanya.

 ??  ?? Dari kiri DR Liew Boon Seng, Dr Morris Wo, Miranda Harumal dan Dr Bharathan Thevarajah.
Dari kiri DR Liew Boon Seng, Dr Morris Wo, Miranda Harumal dan Dr Bharathan Thevarajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia