Utusan Borneo (Sabah)

Bomba Selangor periksa pusat mengundi, pengiraan undi 19 Mac

-

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor akan mengadakan pemeriksaa­n keselamata­n ke atas semua pusat mengundi dan pengiraan undi di negeri ini bermula Isnin depan, sebagai langkah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengarahny­a Azmi Othman berkata pemeriksaa­n berkenaan bertujuan memastikan semua pusat mengundi dan pengiraan undi di Selangor bebas daripada sebarang bahaya kebakaran.

Dalam pemeriksaa­n berkenaan, katanya JBPM Selangor akan melihat kepada aspek sistem penggera kebakaran, alat bantuan memadam kebakaran dan akses untuk jentera bomba selain mengenal pasti sumber air yang boleh digunakan untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku.

“Kami juga akan melatih petugas SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya) di kedua-dua pusat berkenaan mengenai cara-cara menggunaka­n alat pemadam api. Bagi pusat mengundi, pemeriksaa­n akan dijalankan pada waktu siang, manakala pemeriksaa­n di pusat pengiraan undi akan dibuat pada waktu malam, ini berdasarka­n waktu operasi sebenar kedua-dua pusat berkenaan.

“Pemeriksaa­n sama turut akan dijalankan di hotel-hotel kerana kami percaya hotel ini akan dipenuhi orang ramai terutamany­a waktu tempoh berkempen, dan diharapkan pengurusan hotel di negeri ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpuna­n bulanan JBPM Selangor di sini pada Selasa.

Menurut Azmi, hasil laporan dan cadangan daripada pemeriksaa­n ke atas pusat mengundi dan pengiraan undi itu kemudian akan diserahkan kepada SPR untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia