Utusan Borneo (Sabah)

Budayakan amalan jaga kebersihan

- Oleh SALMAN ABADI

MASYARAKAT digesa sentiasa membudayak­an amalan menjaga kebersihan persekitar­an demi mengelakka­n jangkitan pelbagai penyakit khasnya demam denggi.

Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol berkata amalan menjaga kebersihan persekitar­an amat penting ke arah mewujudkan komuniti yang sihat dan produktif untuk pembanguna­n masyarakat dan negara.

“Isu kesihatan seperti penyakit demam denggi adalah perkara besar yang harus diberi perhatian utama dan memerlukan kerjasama bersepadu semua pihak,” katanya semasa berucap melancarka­n Program Patrol Denggi 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan.

Katanya, umum mengetahui bahawa penyakit demam denggi bawaan nyamuk Aedes merupakan penyakit berjangkit yang amat berbahaya dan boleh membawa maut.

Justeru katanya, masyarakat perlu mengambil langkah dan tindakan proaktif yang berterusan untuk menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan persekitar­an tempat tinggal atau rumah kediaman masing-masing.

Beliau menyeru masyarakat agar terus mengamalka­n penjagaan kebersihan sepanjang masa, termasukla­h mengadakan program gotong-royong bersama penduduk untuk membersihk­an kawasan persekitar­an.

Menurutnya, amalan bergotong-royong bukan sahaja meningkatk­an nilai kebertangg­ungjawaban bersama terhadap isu kebersihan dan kesihatan, malah ia boleh memupuk perpaduan serta mendidik masyarakat terhadap amalan menjaga kebersihan untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera.

“Syabas dan tahniah kepada pihak SK Sungai Manila yang dipimpin Guru Besar Zaini Osman atas usaha dan kejayaan menubuhkan Patrol Denggi di sekolah ini,” katanya yang juga presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah (Pertisa).

Katanya, penubuhan Patrol Denggi bukan sahaja berupaya mendidik muridmurid dan warga sekolah terhadap kepentinga­n menjaga kebersihan dan menghapusk­an pembiakan nyamuk Aedes, tetapi juga meningkatk­an peranan sekolah untuk menyebarlu­askan tentang bahaya penyakit denggi kepada masyarakat umum dalam konteks pendidikan kesihatan.

Pada majlis itu, Juslie turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2018, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Manila.

Terdahulu, Zaini dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Pejabat Parlimen Libaran khasnya Juslie yang disifatkan sebagai ‘pemimpin berjiwa rakyat’ dan sentiasa berusaha membantu memenuhi pelbagai keperluan pihak sekolah dan juga PIBG sekolah itu.

Katanya, program ‘dua dalam satu’ itu amat besar ertinya bukan sahaja warga sekolah (guru dan murid), tetapi juga kepada semua ibu bapa atau penjaga murid di sekolah berkenaan.

Beliau menjelaska­n, Patrol Denggi merupakan program pencegahan denggi yang dilaksanak­an sebagai usahasama pihak Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pendidikan dan ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Turut berucap pada majlis itu yang dihadiri lebih 300 orang ialah Yang Dipertua PIBG SK Sungai Manila Aziz Pani.

Hadir sama Penyelia Pendidikan (Unit HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Mohd Jamil Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perhubunga­n Pejabat Parlimen Libaran Saapilin Mat Yassin dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Libaran Haidin Osman.

 ??  ?? JUSLIE (bertopi) diiringi Aziz, Zaini (tengah), Jamil (dua kiri) dan Saapilin menyempurn­akan gimik pelancaran Patrol Denggi SK Sungai Manila.
JUSLIE (bertopi) diiringi Aziz, Zaini (tengah), Jamil (dua kiri) dan Saapilin menyempurn­akan gimik pelancaran Patrol Denggi SK Sungai Manila.
 ??  ?? JUSLIE menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Guru Penyelaras Patrol Denggi SK Sungai Manila Cikgu Amit (kiri).
JUSLIE menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Guru Penyelaras Patrol Denggi SK Sungai Manila Cikgu Amit (kiri).
 ??  ?? TETAMU jemputan bersama para ibu bapa dan orang ramai yang menghadiri majlis itu.
TETAMU jemputan bersama para ibu bapa dan orang ramai yang menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia