Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Tahun Baharu Cina meriah

Pang rasmi Pemurnian Pembelajar­an Abad Ke21 di SK Bombalai

-

TAWAU: Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bombalai berlangsun­g meriah dan penuh semangat perpaduan di dewan terbuka kantin sekolah berkenaan.

Seramai 324 murid dan ibu bapa hadir memeriahka­n majlis itu yang turut diadakan serentak dengan perasmian Pemurnian Pembelajar­an Abad Ke-21 SK Bombalai.

Majlis perasmian program disempurna­kan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming yang juga Adun Merotai

Seramai 30 tetamu khas dari pelbagai agensi turut hadir pada majlis itu.

Pang gembira kerana sungguhpun sekolah itu terdiri daripada 100 peratus bumiputera Sabah, namun berjaya mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dengan penuh kemeriahan.

Dengan penganjura­n sambutan itu, SK Bombalai muncul satu-satunya sekolah Melayu yang meraikan Tahun Baharu Cina di daerah ini.

Guru Besar SK Bombalai A Malek Mat berkata, matlamat utama sambutan adalah untuk merasmikan kelas pembelajar­an abad ke-21 memandangk­an pihak sekolah baru sahaja menerima sumbangan daripada pihak Adun Merotai.

Katanya, sebanyak 48 meja bulat telah disumbangk­an oleh Pang untuk kemudahan pembelajar­an murid, selain lapan unit projektor LCD yang disumbangk­an kepada sekolah pada tahun 2015.

“Antara objektif sambutan adalah untuk memberi

“Antara objektif sambutan adalah untuk memberi pengalaman kepada semua murid untuk merasai sendiri bagaimana sambutan Tahun Baharu Cina dirayakan, di samping mengenali budaya ” masyarakat Cina.

A MALEK MAT Guru Besar SK Bombalai

pengalaman kepada semua murid untuk merasai sendiri bagaimana sambutan Tahun Baharu Cina dirayakan, di samping mengenali budaya masyarakat Cina,” katanya.

Tambahnya, majlis itu juga diadakan untuk mengakrabk­an hubungan komuniti sekolah termasukla­h para ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi-agensi yang berhampira­n demi mengukuhka­n lagi semangat perpaduan, menghormat­i perbezaan dan menghargai kepelbagai­an dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Gimik perasmian pembelajar­an abad ke-21 disempurna­kan oleh Pang di tapak perhimpuna­n sekolah dengan iringan tarian singa.

Sejurus selesai acara itu, Malek mengiringi Pang dan para tetamu jemputan lain untuk menyaksika­n sesi pembelajar­an Bahasa Melayu di kelas Tahun 5A yang disampaika­n oleh Cikgu Norma Kamundri.

Pengajaran pada hari itu disampaika­n dengan mengamalka­n ciri-ciri pembelajar­an abad ke-21 dengan bantuan kemudahan peralatan teknologi komunikasi (ICT).

Kelas berkenaan adalah di bawah tanggungja­wab Cikgu Beche Hamisa Laturu.

Pengurus program sambutan itu, Rimba Abu Bakar menyifatka­n Majlis Tahun Baharu Cina yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang sangat meriah walaupun tempoh persiapan yang sangat singkat.

 ??  ?? PANG (tengah) bersama sebahagian jemputan merakam gambar kenangan bersama singa-singa yang didatangka­n khas bagi memeriahka­n majlis itu.
PANG (tengah) bersama sebahagian jemputan merakam gambar kenangan bersama singa-singa yang didatangka­n khas bagi memeriahka­n majlis itu.
 ??  ?? PANG (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Permurnian Pembelajar­an Abad Ke-21 di SK Bombalai.
PANG (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Permurnian Pembelajar­an Abad Ke-21 di SK Bombalai.
 ??  ?? PANG (tengah) diiringi Malek bersama para jemputan khas menyaksika­n suasana kelas pembelajar­an abad ke-21 di SK Bombalai.
PANG (tengah) diiringi Malek bersama para jemputan khas menyaksika­n suasana kelas pembelajar­an abad ke-21 di SK Bombalai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia