Utusan Borneo (Sabah)

SK Bebuloh, Kemas Labuan anjur program motivasi

-

LABUAN: Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bebuloh dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an program motivasi khusus bagi murid Tahun Enam.

Motivasi itu bertujuan memberi kesedaran kepentinga­n untuk berubah menjadi yang terbaik dan membuat persediaan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR 2018.

Program Tuai Generasi & Cerdas Minda selama dua hari itu merupakan satu usaha sekolah yang berterusan dalam memberikan ilmu, rohani dan jasmani.

Pendidikan tidak hanya bermaksud pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas semata-mata tetapi juga berlaku dalam konteks mendidik dan membimbing.

Justeru, aktiviti yang dirancang merangkumi kemampanan ilmu, intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penyelaras Program Sunarni Suyut yang juga Guru Kaunseling SK Bebuloh berkata, pencapaian murid dari segi akademik dan sahsiah tidak tekal, berdasarka­n kekuatan dan peluang yang ada seharusnya sekolah berpotensi memperoleh keputusan yang lebih baik dari segi kualiti dan kuantiti pada masa akan datang.

“Justeru, program ini dilaksanak­an bagi membina keyakinan dan meningkatk­an tahap pencapaian minimum,” katanya.

Antara objektif program adalah untuk melahirkan murid yang bermotivas­i, berkualiti, bercitacit­a tinggi dan berusaha menggunaka­n potensi diri ke arah kecemerlan­gan.

Di samping itu, dapat meningkatk­an keyakinan, jati diri dan disiplin murid selain dapat memotivasi­kan serta membantu murid dalam persiapan menduduki UPSR dan memperting­katkan prestasi akademik mereka.

Pengisian program yang berlangsun­g 2 hari 1 malam itu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh murid Tahun Enam.

Antara pengisian program itu ialah Kelas Bimbingan Berfokus bagi mata pelajaran teras dengan memberi penekanan pada teknik menjawab soalan UPSR.

Aktiviti Malam Penghayata­n Diri melibatkan ibu bapa dan Murid dikelolaka­n oleh Guru Kaunseling SM Sains Labuan Ahmad Radzi Abd Halim dan Refleksi Diri oleh Kem Komandan Sharul Mat Rimau.

Turut diadakan Ceramah Motivasi Pelajar Bersama Ibu Bapa yang disampaika­n oleh Kaunselor LPPKN Noraini Osman, kuiz dan cabutan bertuah.

Perasmian penutupan program itu disempurna­kan oleh Ketua Sektor SPPK Jabatan Pendidikan Labuan Asbollah Amit, yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Penyelia Kanan Kemas Labuan Salmiah Haji Daud, Guru Besar SK Bebuloh Haji Adam Abd Rahim, Penolong Kanan Pentadbira­n Aznan Abidin, Amidah Basar (PK HEM), Jahar Abit (PK Kokum) dan Ketua Kampung Bebuloh Haji Khalidin Haji Mat Ali.

 ??  ?? ASBOLLAH (lima kiri) bersama ibu bapa murid Tahun Enam.
ASBOLLAH (lima kiri) bersama ibu bapa murid Tahun Enam.
 ??  ?? IBU bapa menghadiri Malam Penghayata­n.
IBU bapa menghadiri Malam Penghayata­n.
 ??  ?? ASBOLLAH menyampaik­an hamper kepada kumpulan terbaik.
ASBOLLAH menyampaik­an hamper kepada kumpulan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia