Utusan Borneo (Sabah)

Hasil inovasi lahir daya saing positif

37 peserta ikuti pertanding­an inovasi peringkat IPG Kampus Tawau

-

“Perubahan pendidikan masa kini yang menampakka­n arah tuju pendidikan berinovasi pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai usaha melahirkan bakat baharu yang holistik untuk kepentinga­n masa depan negara.

DR NAJAMUDDIN BACHORA

Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau

MEMBUDAYAK­AN pertanding­an hasil inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar institut pendidikan guru adalah untuk memperting­katkan daya saing secara positif sejajar dengan hasrat dan teras pendidikan di negara abad ke-21 dalam bidang pembanguna­n teknologi.

Dengan menerapkan inovasi sebagai nilai tambah ilham terhadap kreativiti dalam penghasila­n sesuatu yang baharu, Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan (JPIPK) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah menganjurk­an pertanding­an inovasi peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau membabitka­n 37 peserta bagi kategori kumpulan dan individu.

Penyelaras pertanding­an, Norhafizah Ahmad berkata ia merupakan acara tahunan anjuran JPIPK melibatkan ahli akademik dari beberapa jabatan serta pelajar yang bertujuan menggalakk­an kreativiti dan inovasi pensyarah serta pelajar dalam membangunk­an bahan pengajaran dan pembelajar­an di samping memperbany­akkan lagi bahan bantu mengajar di IPG Kampus Tawau dalam bidang masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau Dr Najamuddin Bachora berkata pertanding­an itu lebih cenderung kepada bentuk inovasi pendidikan yang dihasilkan dengan situasi dan perkembang­an semasa dalam aspek pendidikan.

“Perubahan pendidikan masa kini yang menampakka­n arah tuju pendidikan berinovasi pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai usaha melahirkan bakat baharu yang holistik untuk kepentinga­n masa depan negara,” katanya.

Menurutnya, inovasi yang bercirikan holistik dan pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan lonjakan yang telah ditetapkan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2013-2025) serta Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia bagi Pengajian Tinggi (20152025).

Najamuddin berkata, kaedah pengajaran juga menjadi alat yang penting dalam menentukan hasil pencapaian setiap pelajar dan memerlukan inovasi serta pendekatan baharu untuk memastikan dunia pendidikan tidak ketinggala­n atau terkebelak­ang dalam menghasilk­an inovasi dalam pengajaran.

“Banyak inovasi yang dihasilkan oleh para pensyarah dan pelajar selaras dengan matlamat transforma­si pendidikan yang boleh dijenamaka­n serta diguna pakai dalam kaedah pengajaran dan pembelajar­an.

“Oleh itu, pertanding­an inovasi akan menjadi platform terbaik dalam melahirkan golongan pendidik yang lebih kreatif dalam kaedah pembelajar­an dengan menggunaka­n hasil inovasi yang dibuat,” jelasnya.

Seramai 37 orang dari kalangan pensyarah dan pelajar menyertai pertanding­an inovasi itu. Kumpulan inovasi pensyarah Pembaris Tika Busan muncul juara manakala Smart Bandaran dan BOB F2 Kitar 2 masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, bagi kategori individu, Mamud Ahmad diistihark­an sebagai juara dengan tajuk inovasi Sound Save Seruling Semarak, tempat kedua Dr Effendy Yusuf dan Ahmadi Ahmad di tempat ketiga.

Pertanding­an itu diadili oleh Mohd Firdaus Ismail, Nor Hazirah Halin dan Sarena Sanin dari Jabatan Pendidikan Daerah Tawau. Para pemenang akan mewakili IPG Kampus Tawau ke pertanding­an inovasi peringkat Institut Pendidikan Guru di IPG Kampus Kent pada 18-19 April depan.

 ??  ?? KUMPULAN Pembaris Tika Busan yang dibarisi (dari kiri) Dr Nordin Bula dan Mahmud Ahmad merakam gambar kenangan dengan Najamuddin (tiga dari kiri ) serta Dr Effendy Yusuf.
KUMPULAN Pembaris Tika Busan yang dibarisi (dari kiri) Dr Nordin Bula dan Mahmud Ahmad merakam gambar kenangan dengan Najamuddin (tiga dari kiri ) serta Dr Effendy Yusuf.
 ??  ?? NAIB juara inovasi Smart Bundaran merakamkan gambar kenangan bersama hasil inovasi mereka.
NAIB juara inovasi Smart Bundaran merakamkan gambar kenangan bersama hasil inovasi mereka.
 ??  ?? ANTARA pensyarah yang menyertai pertanging­an inovasi itu bagi Kategori Kumpulan dan Individu.
ANTARA pensyarah yang menyertai pertanging­an inovasi itu bagi Kategori Kumpulan dan Individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia