Utusan Borneo (Sabah)

Bilik Operasi Coopistac SMK Badin dirasmi

-

PENGERUSI Jawatankua­sa Perhubunga­n Angkasa Negeri Sabah Datuk Hajah Noraini Salleh merasmikan Bilik Operasi Coopistac Koperasi SMK Badin pada Selasa.

Noraini berkata, penubuhan pusat itu membuktika­n bahawa peranan koperasi sekolah bukan sekadar mendidik pelajar dalam bidang keusahawan­an semata-mata tetapi mengorak langkah lebih jauh melalui program pelanconga­n koperasi sekolah yang mampu memberi keuntungan tambahan kepada perolehan koperasi sekolah.

Katanya, koperasi merupakan asas pembentuka­n jati diri generasi muda dalam bidang keusahawan­an. Koperasi boleh dijadikan sebagai salah satu platform awal dalam pembentuka­n seorang usahawan berjaya suatu masa kelak.

“Koperasi sekolah telah melangkah ke satu lagi rangkaian perkhidmat­an perniagaan di bawah jaringan Coopistac yang diperkenal­kan oleh Angkasa melalui sektor pelanconga­n penjagaan diri dan kesihatan di mana, majlis menandatan­gani memorandum dengan 15 koperasi sekolah telah dilaksanak­an dan SMK Badin antara sekolah yang terpilih serta satu-satunya yang mewakili negeri Sabah.

“Syabas dan tahniah kepada pihak pentadbira­n SMK Badin khususnya pengetua, guru-guru dan hos Coopistac SMK Badin yang sangat dedikasi dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Pengetua SMK Badin Zamli Mantamin memaklumka­n bahawa melalui kegiatan pelanconga­n, Coopistac SMK Badin berjaya menarik 20 kumpulan pelancong dari seluruh pelosok negara dan menjana pendapatan sebanyak RM177,730 untuk Koperasi SMK Badin Berhad pada tahun 2017.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pengarah Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mastan Gagah, Timbalan Pengerusi JPNS Dr Zhamree Ghulam Rasul, Penolong Kanan Pentadbian SMK Badin Roslan Madisal, Penolong Kanan Kokurikuli­m Yahya Mustafa, Penolong Kanan HEM Noryusni Mohd Yusop serta Penolong Kanan Kokurikulu­m merangkap Penyelaras Coopistac SMK Badin Fatimah Hj Jeman.

 ??  ?? NORAINI merakamkan gambar kenangan bersama hos Coopistac Koperasi Pelanconga­n SMK Badin.
NORAINI merakamkan gambar kenangan bersama hos Coopistac Koperasi Pelanconga­n SMK Badin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia