Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terlalu mengikut emosi dalam tindakan

Tindakan sedemikian boleh mengakibat­kan perpecahan perpaduan negara: Abang Johari

-

KUCHING: Jangan biar emosi ‘membunuh’ perpaduan negara. Demikian penegasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg agar masyarakat tidak terlalu mengikut emosi dalam tindakan sehingga mengakibat­kan perpecahan perpaduan.

Beliau mengambil contoh Sarawak sebagai negeri yang utuh perpaduann­ya disebabkan kerjasama erat dan toleransi antara kaum.

Malah katanya, Sarawak yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disebabkan persefaham­an jitu antara ahli-ahli beragama Islam dan bukan Islam dalam satu pasukan.

Mengulas lanjut, beliau turut menyifatka­n konsep kepimpinan berkait rapat dengan rukun solat berjemaah yang mesti ada imam dan makmum.

“Imam adalah pemimpin, solat berjemaah mesti ada makmumnya (pengikut), tetapi makmum di belakang janganlah bergaduh sesama sendiri sebaliknya merapatkan saf untuk mengikut imam.

“Itulah konsepnya yang sama dengan kepimpinan negara, kita ikut pemimpin tetapi jika pemimpin buat silap, kita tegur tetapi ada caranya kerana kita dilahirkan tidak sempurna,” tegas beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada penutupan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menerima peruntukan tahunan kerajaan persekutua­n dan bayaran khas ‘One-Off’ kepada imam, bilal, marbot, guru takmir dan guru KAFA bagi negeri Sarawak yang berjumlah RM46.654 juta.

Abang Johari ketika ditemui turut menyambut baik penyaluran peruntukan daripada kerajaan persekutua­n kepada kerajaan negeri.

Program Multaqa Murabbi Ummah merupakan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Terdapat lebih 1,000 murabbi ummah yang terdiri daripada imam, bilal, siak, guru kafa dan guru takmir di negeri ini.

Penganjura­n program tersebut diharap dapat dijadikan sebagai medium perbincang­an antara JAKIM, JAIS dan MI S dalam menangani isu-isu agama dalam negara.

“Imam adalah pemimpin, solat berjemaah mesti ada makmumnya (pengikut), tetapi makmum di belakang janganlah bergaduh sesama sendiri sebaliknya merapatkan saf untuk mengikut imam. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI menerima cek peruntukan tahunan kerajaan persekutua­n yang disampaika­n Jamil Khir sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
ABANG JOHARI menerima cek peruntukan tahunan kerajaan persekutua­n yang disampaika­n Jamil Khir sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia