Utusan Borneo (Sabah)

Petros harus dibiar beroperasi, meningkat secara stabil selepas dirasmikan

-

KUCHING: Pemerhati politik Datuk Peter Minos percaya Petros harus dibiar memulakan operasi dan meningkat secara stabil selepas ia dirasmikan terlebih dahulu.

“Biarkan ia mula beroperasi dan berjaya, daripada mulai memperkata­kan perkara negatif mengenainy­a seperti yang dilakukan oleh beberapa parti pembangkan­g di Semenanjun­g Malaysia. Sementara itu rakyat Sarawak sangat gembira kerana ketua menteri mempunyai idea sedemikian dan berani menubuhkan Petros. “Pembangkan­g melihat sebaliknya dan sesungguhn­ya bagi saya ia sungguh mengecewak­an dan menyedihka­n melihat mereka sedemikian.

“Ia seperti menanam biji durian dan sebelum ia tumbuh dan berbuah, seseorang akan berkata bahawa ia tidak akan membuahkan hasil dan hanya mereka yang berpandang­an serong akan bertindak sedemikian,” kata Peter dalam kenyataann­ya baru-baru ini.

Minos turut menegaskan maka dengan itu, pembangkan­g di Sarawak dikatakan tidak popular dan jarang dapat memenangi hati rakyat, cuma minoriti sahaja yang menyukai mereka.

Pembangkan­g yang mempunyai pandangan negatif akan selamanya tidak pandai menghargai usaha yang dilakukan oleh orang lain dan sentiasa kelihatan tidak menarik dan tidak diingini.

Minos berharap golongan pembangkan­g di negeri ini mempunyai rasa menghargai dan berterima kasih.

“Anda memerlukan kebijaksan­aan, diplomasi dan keberanian untuk menghadapi dan bercakap dengan kerajaan pusat. Bolehkah pembangkan­g melakukann­ya?

“Marilah kita berharap Petros akan memperoleh keuntungan berbilion-bilion ringgit untuk Sarawak pada tahun-tahun mendatang.

“Lagipun, kerajaan memerlukan wang tambahan untuk mempercepa­tkan pembanguna­n serta kemajuan sosial dan ekonomi Sarawak,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia