Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Sayang Wanita PBB dijenamaka­n sebagai Skuad Kasih Sayang

-

KUCHING: Skuad Sayang Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijenamaka­n semula sebagai Skuad Kasih Sayang (SKS+).

Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penjenamaa­n semula skuad ini dibuat bagi merealisas­ikan hasrat dan aspirasi rakyat.

“Wanita PBB menekankan aspek khidmat bakti yang cekap dan berkesan dalam membela nasib rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama.

“Melalui khidmat bakti yang berkesan, kami yakin Pergerakan Wanita PBB akan kekal relevan.

“Sebab itu elemen kasih ditambah dalam Skuad Sayang menjadi Skuad Kasih Sayang bagi membolehka­n kita merealisas­ikan hasrat rakyat,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak berkata demikian pada penutupan Program Retreat Pergerakan Wanita PBB di sini, Ahad lepas.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang juga presiden PBB.

Pada majlis itu, Fatimah turut menyatakan kesiapsaga­an pergerakan wanita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagi tujuan itu, pergerakan wanita katanya akan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti persiapan bilik gerakan serta mendekati pengundi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Pergerakan wanita adalah nadi PBB yang merupakan tulang belakang kepada BN.

“PBB mesti menang semua kerusi yang dipertandi­ngkan dan kami wanita akan membantu bagi memastikan kemenangan bergaya BN,” kata Fatimah di hadapan lebih 200 ahli Wanita PBB dari 82 cawangan yang menyertai retreat tersebut.

 ??  ?? FATIMAH berucap pada Majlis Penutupan Program Retreat Pergerakan Wanita PBB di Kuching.
FATIMAH berucap pada Majlis Penutupan Program Retreat Pergerakan Wanita PBB di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia