Utusan Borneo (Sabah)

CPTPP akan beri Malaysia kelebihan saingan serantau

Perjanjian dijangka mempelbaga­ikan eksport produk buatan negara

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehens­if dan Progresif Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu ditandatan­gani, dijangka memberi Malaysia kelebihan daya saing di rantau ini serta meningkatk­an keyakinan pelabur.

Persekutua­n Pekilangpe­kilang Malaysia (FMM) berkata perjanjian itu menjanjika­n tahap ketelusan dan peraturan pelaburan yang boleh dijangkaka­n, konsesi tarif dan saluran untuk menangani halangan bukan tarif bagi pengeluar tempatan.

“CPTPP dijangka mempelbaga­ikan eksport produk buatan Malaysia. Sebagai contoh, lebih 80 peratus daripada eksport peralatan automotif, terutama komponen getah, dijangka menikmati akses duti percuma serta-merta.

“Ini akan membantu pengilang komponen dan alat ganti Malaysia untuk mengekspor­t kepada pengeluar peralatan asli (OEM) negara anggota CPTPP seperti Mexico, dan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global,” kata FMM kepada Bernama semalam.

Persekutua­n itu berkata konsesi tarif yang dipersetuj­ui oleh setiap negara CPTPP akan meningkatk­an eksport bagi industri elektrik dan elektronik (E&E) yang sudah pun menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport Malaysia.

Ia berkata pertumbuha­n eksport juga dijangkaka­n di negara lain seperti Kanada dan negara Amerika Latin, terutama Mexico.

“Negara terbabit kini mengenakan tarif yang tinggi ke atas peralatan elektrik, peranti telekomuni­kasi dan elektronik pengguna.

Malaysia ialah peneraju pasaran bagi sarung tangan getah di Kanada, dan kedua di Perudan Mexicos elepas China. Barangan lateks, terutama sarung tangan getah, kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah Malaysia. “Memandangk­an peningkata­n dalam permintaan sarung tangan nitril di Kanada, penyertaan Malaysia dalam CPTPP akan memberi kelebihan daya saing kepada pengeluar sarung tangan negara ke atas negara bukan CPTPP seperti China,” katanya.

FMM berkata pengilang juga dijangka mendapat manfaat daripada kepelbagai­an sumber input import dan komponen industri.

“CPTPP membolehka­n penambahan sumber import bahan mentah yang lebih baik dari Jepun dan Mexico. Ia juga menyediaka­n sumber alternatif untuk jentera berat dan peralatan,” katanya.

Dari segi meningkatk­an daya saing dan perdaganga­n, FMM berkata perjanjian itu juga dijangka membuka 10 peratus lagi perdaganga­n bebas duti dengan pasaran perjanjian perdaganga­n bukan bebas (FTA) baharu iaitu Kanada, Mexico dan Peru.

“Persaingan bukanlah sesuatu yang baru kepada perniagaan di Malaysia dan negara telah menyelesai­kan tujuh FTA dua hala (Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile, Australia dan Turki) dan lima FTA serantau melalui ASEAN (ASEAN dengan China, Korea, Jepun, India dan Australia-New Zealand).

“Memandangk­an majoriti perdaganga­n negara sudah dilindungi oleh FTA ini, kami yakin pengeluar berada dalam kedudukan yang baik untuk bertahan dengan pembukaan pasaran domestik,” katanya.

CPTPP, yang ditandatan­gani pada 8 Mac 2018, merupakan versi baharu pakatan perdaganga­n pelbagai hala Perkongsia­n TransPasif­ik (TPP).

Ia terdiri daripada 11 negara anggota, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia