Utusan Borneo (Sabah)

Kadar hutang negara masih terurus, kata Najib

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan bahawa kadar hutang negara masih terurus dan tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata tahap keberhutan­gan negara kini berada di paras 50.8 peratus daripada jumlah KDNK.

“Ini bermakna kedudukan hutang kita masih terurus dan Malaysia dikategori­kan sebagai negara keberhutan­gan sederhana jika hendak dibandingk­an dengan beberapa negara maju, di mana hutang kerajaanny­a berbanding KDNK jauh lebih tinggi sehingga ada yang melebihi 200 peratus,” katanya pada persidanga­n dewan rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan daripada Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad (Mukah-BN) mengenai langkah jangka panjang kerajaan dalam menguruska­n ekonomi negara khususnya penarafan kredit bagi mengekalka­n kemampanan defisit negara pada kadar yang rendah serta memastikan pertumbuha­n yang stabil.

Najib turut membidas tanggapan bahawa Malaysia adalah sebuah negara bankrap.

“Kita tahu apa yang mereka (pembangkan­g) katakan di luar negara. Apa yang mereka katakan tiada asas. Kalau ada pihak kata bahawa Malaysia ini bankrap, failed state (negara yang gagal), itu adalah satu pembohonga­n yang jelas,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus menyediaka­n perancanga­n ekonomi dan kewangan bagi jangka masa panjang untuk mencapai sasaran status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 dan saiz ekonomi meningkat kepada RM2 trilion pada 2025.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh sekadar mengambil pendekatan popular sahaja. Sebaliknya kita perlu lebih bertanggun­gjawab dan melaksanak­an apa yang perlu bagi menyediaka­n asas ekonomi serta kewangan yang kukuh demi kepentinga­n rakyat dan generasi masa hadapan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? NAJIB hadir bagi menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen. — Gambar Bernama
NAJIB hadir bagi menjawab soalan pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia