Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tetap pilihan destinasi pelaburan

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat antarabang­sa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan kerana kerajaan menyediaka­n persekitar­an mesra perniagaan, prestasi ekonomi memberangs­angkan dan kedudukan daya saing negara yang tinggi.

Kementeria­n Kewangan dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat semalam menyebut, ini terbukti dengan penerimaan berterusan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih ke dalam negara sebanyak RM39.2 bilion pada 2017.

“Rizab antarabang­sa juga terus kukuh apabila mencatat A S $103.6 bilion atau R M 419.1 bilion pada 15 Feb, 2018,” kata kementeria­n itu bagi menjawab soalan lisan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya mengenai pencapaian Malaysia yang mengagumka­n masyarakat antarabang­sa.

Kementeria­n itu berkata kedudukan daya saing negara, seperti yang dilaporkan oleh Laporan Daya Saing Global 2017-2018, Forum Ekonomi Dunia (WEF), bertambah baik daripada tangga ke-25 ke tangga ke-23 daripada 137 negara.

Malaysia juga berjaya memperbaik­i kedudukan ke tangga ke-59 berbanding tangga ke-65 dalam Indeks Pembanguna­n Manusia 2016 serta meningkatk­an kedudukan negara dalam laporan Ranking Kebolehuni­an Global 2017 kepada tangga ke-70 berbanding tangga ke-73 pada 2016.

Dengan mengambil kira asas-asas ekonomi yang kukuh serta unjuran pertumbuha­n ekonomi dan perdaganga­n dunia yang lebih baik, Kementeria­n Kewangan berkata pertumbuha­n ekonomi negara dijangka kekal mapan antara lima hingga 5.5 peratus pada 2018.

“Kerajaan yakin menerusi pelbagai inisiatif dan usaha yang berterusan, pertumbuha­n ekonomi negara akan terus mapan. Kerajaan akan terus mempergiat usaha untuk mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 dan menggandak­an ekonomi kepada RM2 trilion pada 2025.

“Kerajaan telah melancarka­n Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk memastikan Malaysia berada antara 20 negara teratas di dunia dari segi pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi menjelang 2050,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia