Utusan Borneo (Sabah)

Moody’s dapati enam bank Malaysia meneruskan prestasi kukuh pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Servis berkata enam bank Malaysia yang dinilainya, menunjukka­n prestasi kukuh pada 2017, dengan potensi peningkata­n tambahan dalam beberapa bidang pada 2018.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata kualiti aset dan keuntungan enam bank berkenaan pada umumnya meningkat pada 2017, manakala permodalan dan pembiayaan kekal mencukupi.

“Kami menjangkak­an permintaan pinjaman semakin pulih pada 2018, selain syarat pembiayaan yang diperketat.

“Hasilnya, pertumbuha­n keuntungan dalam kalangan bank dengan francais deposit yang lebih lemah boleh dihadkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan semalam mengenai laporannya yang bertajuk ‘Bank - Malaysia: 2017 Meningkatk­an Kualiti Aset Stabil, Keuntungan Meningkat’.

Enam bank dalam laporan itu ialah, Malayan Banking Bhd (A3/A3 stabil, a3), CIMB Group Holdings Bhd (Baa1 stabil), Public Bank Bhd (A3 stabil, a3), RHB Bank Bhd (A3/A3 stabil, baa3) , Hong Leong Bank Bhd (A3 stabil, baa1) dan AmBank (M) Bhd (Baa1 / Baa1 stabil, baa3).

Ia berkata kualiti aset akan meraih manfaat daripada kedudukan makro ekonomi yang lebih kukuh pada 2018, dalam negara dan serantau.

“Bank dengan pendedahan kepada sektor minyak dan gas dapat melihat kualiti aset mereka stabil berdasarka­n harga minyak yang lebih kukuh,” kata firma penarafan kredit itu.

Laporan itu mendapati kebanyakan bank mencatatka­n keuntungan yang lebih baik pada 2017, didorong oleh pertumbuha­n pendapatan yang mantap, margin faedah bersih yang stabil dan kos kredit yang menyederha­na.

“Keadaan yang menggalakk­an ini dijangka berterusan pada 2018, dengan usaha transforma­si digital yang berterusan akan menyokong pertumbuha­n yang lebih kukuh dalam hasil dan kecekapan kos.

“Pertumbuha­n pinjaman juga akan melantun semula pada 2018, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi untuk pinjaman korporat dan pinjaman pengguna yang stabil, dan perkembang­an ini serta margin faedah bersih yang stabil, akan menyokong keuntungan bank,” kata Moody’s.

Ia juga berkata kos kredit keseluruha­n akan meningkat sedikit daripada 2017, didorong terutama oleh caj kredit yang lebih tinggi yang diperlukan mengikut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) berkuat kuasa 1 Jan, 2018. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia