Utusan Borneo (Sabah)

Tayangan amal filem ‘TAKDIR’ sempena Hari Wanita Sedunia

-

BERSEMPENA dengan Hari Wanita Sedunia 2018, Rousing Muses Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Ikon Malaysia telah mengadakan tayangan amal filem ‘Takdir’ di Lim Kok Wing University of Creative Technology, di sini barubaru ini.

Program ini telah mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan jabatan-jabatan di bawah kementeria­n, menurut Presiden kelab tersebut, Datuk Normaziah Sheikh Mohammed.

Tayangan amal filem tersebut merupakan acara kemuncak program satu hari yang bermula pada 10 pagi

Khamis lalu dirasmikan oleh Menteri Pemba-ngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Filem ‘Takdir’ arahan Shirin Khuzaimi dipilih untuk tayangan amal kerana filem tersebut menjurus kepada kasih sayang dan penyatuan keluarga, kata Normaziah pada sidang media.

“Pembanguna­n sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang dipaparkan dalam filem ini diterapkan dalam peranan seorang suami terhadap isteri yang memberi keyakinan kepada isteri untuk melawan kanser adalah realiti bagi kehidupan,” katanya.

Beliau berkata tayangan amal itu akan diadakan sepanjang tahun ini dengan tema ‘Tahun Memperkasa Wanita 2018’ ke seluruh negeri termasuk Kedah, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur mulai bulan depan.

Filem tersebut membariska­n pelakon hebat seperti Siti Elizad Sharifuddi­n, Riezman Khuzaimi, Elisya Sandha, Keena Mentor, Connie Norlida Ahmad, Marissa Yasmin, Edika Yusof, Esma Daniel dan lain-lain.

Tiket tayangan amal ‘Takdir’ boleh didapati melalui Kelab Wanita Ikon Malaysia di talian 03-55484848 dan kelabwanit­aikon@gmail.com atau Rousing Muses Picture Sdn Bhd di talian 03-77323937 dan info. rousingmus­espictures@gmail.com. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? (Dari kiri) IZAT Ibrahim, Tabby Lam, Keena Mentor, Adam AO, Shirin Khuzaimi, Elisya Sandha, Riezman Khuzaimi, Datuk Suriani Ahmad, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Elizad Sharifuddi­n.
— Gambar Bernama (Dari kiri) IZAT Ibrahim, Tabby Lam, Keena Mentor, Adam AO, Shirin Khuzaimi, Elisya Sandha, Riezman Khuzaimi, Datuk Suriani Ahmad, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Elizad Sharifuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia