Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah komedi #KitaOK Harith Iskander ‘live’ di Kuching hari ini

-

SEMANGAT cinta negara dan perpaduan yang dijiwai warga Malaysia ketika negara dilanda berbagai cabaran bukan sesuatu yang remeh.

Sekiranya ada seorang individu yang boleh menyuntik ‘satirake’ dalam anekdot-anekdot likuliku kehidupan seharian di Malaysia, pastinya individu berkenaan ialah Laugh Factory’s Funniest Person in the World 2016, Harith Iskander.

Sememangny­a itulah yang akan dilakukan oleh Mahasifu Komedi Stendap Malaysia di #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 anjuran Celcom yang bakal berlangsun­g di dalam bulan Februari dan Mac tahun ini.

Selanjutny­a, Harith akan mengingatk­an rakyat Malaysia bahawa hakikatnya #KitaOK sebagai satu negara.

Celcom dengan bangga telah dan sedang menganjurk­an siri jelajah komedi yang berlangsun­g bermula dengan Harith beraksi di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 24 Februari lepas dan seterusnya di Johor Bahru di Hotel Thistle pada 1 Mac bermula jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang tidak puas menonton Harith sekali sahaja semasa persembaha­nnya di Kuala Lumpur, dicadangka­n agar merancang Cuti-Cuti Malaysia setempat dengan destinasi-destinasi jelajah komedi tersebut khususnya di Melaka (Hotel Ramada – 9 Mac), Pulau Pinang (Komtar, The Top Ballroom – Mac), Kuching (Hotel Pullman – 14 Mac), Kota Kinabalu (Dewan Port View Palace, Dewan Hakka – 15 Mac) dan Labuan (Tiara Labuan Hotel – 16 Mac).

Bakat melawak Harith bermula menerusi bakat semulajadi di dalam mengarang dan mempersemb­ahkan komedi yang berasaskan gaya hidup seharian di Malaysia dan kini Harith merupakan pelawak pertama yang berjaya mempelopor­i komedi stendap tempatan yang kini diminati oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia.

Setelah 27 tahun berada di tangga teratas di pesada komedi Malaysia, Harith telah mengharumk­an nama negara dan meletakkan Malaysia di peta komedi dunia menerusi kejuaraan beliau di dalam pertanding­an Laugh Factory’s Funniest Person in the World serta persembaha­n komedi khas beliau di laman web Netflix.

Walaupun beliau telah meraih kejayaan dan kini dikenali di peringkat antarabang­sa, Harith tetap bangga di atas penampilan komedinya yang mencermink­an keunikan budaya negara hasil kehidupan dan interaksi di kalangan berbilang kaum.

Tidaklah menghairan­kan yang Harith, menerusi usahama dengan Celcom, akan menjelajah­i negara bagi menghiburk­an rakyat Malaysia dengan persembaha­n komedi beliau.

Harith berkata, “Berbekalka­n pendekatan baru setelah mewakili Malaysia di pesada dunia, matlamat saya kini ialah untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengupas dan menampilka­n maksud sebenar istilah ‘being Malaysian’ menerusi gaya komedi teater saya yang berasaskan sejarah, kebudayaan dan lain-lain perkara yang mencuit hati yang bersesama membentuk keMalaysia­an kita.

“Saya harap #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander ‘Live’ 2018 anjuran Celcom akan mengajak rakyat Malaysia untuk menyedari dan menghayati banyak ciri positif yang ada walaupun tatkala negara menghadapi dan mengharung­i berbagai cabaran dan bersyukur di atas keamanan, keharmonia­n dan gelak ketawa yang kita nikmati sebagai rakyat Malaysia dulu, kini dan selamanya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia