Utusan Borneo (Sabah)

‘Sentiasa jaga kesihatan’

Peringatan Yahya kepada setiap rakyat demi kesejahter­aan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Faktor kesihatan adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu serta organisasi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, kesihatan perlu dijaga dengan baik agar elemen lain dalam program pembanguna­n modal insan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai kecemerlan­gannya dari semasa ke semasa.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetis yang mana, 1.78 juta daripadany­a adalah golongan wanita.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) penghidap diabetis seluruh dunia meningkat daripada 108 juta orang pada tahun 1980 kepada 422 juta pada 2014.

“Sementara itu, strok adalah pembunuh nombor empat negara yang menyaksika­n peningkata­n 300 peratus dalam tempoh setahun iaitu sebanyak 17,909 kes (2005) kepada 52,000 kes (2006),” katanya ketika merasmikan Seminar Kecergasan Ke-10 Jabatan Pertanian Sabah 2018, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berpendapa­t seminar itu sangat sesuai buat warga Jabatan Pertanian untuk terlibat dalam aktiviti senaman serta mendapatka­n maklumat berguna dari segi penjagaan amalan gaya hidup seharian.

Katanya, pengisian seminar meliputi aspek kesihatan, motivasi diri dan bersukan adalah satu kombinasi aktiviti yang mantap untuk meningkatk­an prestasi serta kecemerlan­gan sesebuah organisasi.

“Kita berharap seminar seumpamany­a dapat memperting­katkan lagi produktivi­ti, inovatif, keupayaan dan jati diri dalam menghadapi suasana kerja sekarang yang semakin mencabar.

“Saya berharap agar kesemua enam kontinjen yang melibatkan 390 orang yang mengambil bahagian akan memberikan sokongan padu kepada penganjura­n seminar kecergasan ini,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang penerima.
YAHYA (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia