Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti perkhidmat­an kesihatan negara sentiasa dipertingk­at

-

KOTA BHARU: Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kualiti perkhidmat­an kesihatan di negara ini berada pada tahap lebih baik dari semasa ke semasa demi kesejahter­aan rakyat.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata ini termasukla­h bagi perkhidmat­an rawatan penyakit kanser yang jauh lebih efisyen.

“Mengikut maklumat doktor, rawatan kanser kini lebih kepada ‘micro targeting’ dan sel-sel tidak dimusnahka­n secara keseluruha­n. Pesakit juga memaklumka­n lebih selesa dengan rawatan terkini itu...ia menunjukka­n Malaysia kini menggunaka­n teknologi canggih untuk menentukan rawatan terbaik buat pesakit,” katanya.

Beliau ditemui ketika Ziarah Kaseh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Pesakit Kanser di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, Selasa.

Turut hadir Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu POKB Prof Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik POKB Mohamed Afandi Hassan.

Dalam lawatan itu, Sharifah Zarah yang juga Anggota Kehormat Seumur Hidup POKB sempat beramah mesra dan menyampaik­an sumbangan kepada 37 pesakit kanser yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Antara lain, beliau berkata kerajaan telah membelanja­kan berbilion ringgit bagi memastikan teknologi perubatan diguna pakai secara optimum demi memastikan rakyat menerima rawatan terbaik.

Katanya semua agensi seliaan kementeria­nnya (KKMM) sentiasa memainkan peranan dalam menyampaik­an maklumat menerusi pelbagai program berhubung penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat.

Peranan itu akan terus diperkasak­an bagi memastikan rakyat sedar terhadap keperluan untuk mengesan sesuatu penyakit terutama kanser lebih awal, seterusnya mendapatka­n rawatan yang sepatutnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia