Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit SLE, ahli keluarga jayakan Program Kongsi dan Prihatin

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 40 orang termasuk pesakit Sistemik Lupus Eritematos­us (SLE) dan ahli keluarga menjayakan Program Kongsi dan Prihatin serta sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di pejabat PSLEM Sabah Chapter, Bandar Perdana, di sini pada Ahad.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu dianjurkan oleh Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) Sabah Chapter.

Turut diadakan ceramah yang bertajuk ‘Kepentinga­n Bersenam untuk Pesakit SLE’ disampaika­n oleh ahli fisioterap­i Hospital Duchess of Kent.

Selain itu, demonstras­i senaman daripada dua ahli fisioterap­i hospital di mana pesakit SLE serta ahli keluarga dapat mengambil bahagian dalam senaman itu.

Senaman dapat membantu pesakit SLE untuk membina otot yang kuat, mengelak kekerasan sendi dan dapat mengawal berat badan. Penceramah menasihatk­an pesakit SLE bersenam mengikut kemampuan atau keupayaan sendiri.

SLE merupakan sejenis penyakit autoimun. Ia berpunca mungkin daripada faktor genetik, sinaran matahari, hormon, ubatubatan, makanan dan jangkitan.

SLE mempunyai pelbagai simptom iaitu berulang demam tinggi atau demam rendah berpanjang­an, pipi merah berbentuk rama-rama, pecah-pecah dalam mulut atau berdarah, sendi sakit, bengkak dan merah.

Ia juga sering menyerang jantung, buah pinggang, sistem saraf, sistem darah dan organ perut menyebabka­n tahap kerosakan yang berbeza.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PSLEM yang terlibat menjayakan Program Kongsi dan Prihatin serta sambutan Tahun Baharu Cina 2018.
SEBAHAGIAN ahli PSLEM yang terlibat menjayakan Program Kongsi dan Prihatin serta sambutan Tahun Baharu Cina 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia