Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki dipenjara, didenda suap ejen kerajaan

-

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, tahun lalu.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menjatuhka­n hukuman itu selepas ketigatiga mereka, iaitu tauke balak, Wong Kam Choy, 53; pengurus kilang kayu, Tan Ya Loon, 36; dan peniaga, Bakri Hassan mengaku bersalah.

Wong, dituduh memberi suapan RM1,000 kepada Penolong Pegawai Hutan, Ilias Awang, supaya tidak mengambil tindakan terhadapny­a kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu memiliki kayu balak yang tidak mempunyai tanda pengkelasa­n dan tidak bercukai.

Wong didapati melakukan kesalahan itu pada 1.30 tengah hari, dalam Mukim Kijal, Kemaman, 8 Jun 2017.

Tan, juga mengaku bersalah memberi wang tunai RM500 kepada Wahab Omar, Pengawas Hutan Pejabat Hutan Daerah, Terengganu Barat, pada Ogos tahun lalu.

Tan, dituduh memberi suapan itu agar tidak dikenakan tindakan atas pemilikan kayu bulat pelbagai spesies di kilangnya, yang tidak memiliki pas pemindahan hasil hutan dan tidak bercukai yang melanggar kesalahan di bawah Akta Perhutanan 1984.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.15 petang, di Lot 10714, Kawasan Sungai Nilai, Mukim Hulu Nerus, Setiu, 28 Ogos 2017.

Seorang peniaga, Bakri Hassan, 41, juga mengaku bersalah memberi suapan wang tunai RM300 kepada Mohd Noor Ali, iaitu Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Julai tahun lalu.

Bakri dituduh melakukan kesalahan itu pada 3.45 petang, di Lot No. 3966, Kampung Sungai Lerek, Setiu, sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan ke atasnya di bawah Akta Perhutanan 1984 kerana membawa muatan kayu yang tidak memiliki pas pemindahan hasil hutan dan tidak bercukai.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Semua pertuduhan itu dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh.- Bernama

 ??  ?? BAKRI Hassan, 41, (dua, kanan), Wong Kam Choy, 53, (tengah) dan Tan Ya Loon, 36, (dua, kiri) dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan rasuah, tahun lalu. -Gambar...
BAKRI Hassan, 41, (dua, kanan), Wong Kam Choy, 53, (tengah) dan Tan Ya Loon, 36, (dua, kiri) dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan rasuah, tahun lalu. -Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia