Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan berhak guna Akta 655 tamatkan kemelut air Selangor

-

KERAJAAN persekutua­n mempertimb­angkan untuk menggunaka­n peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmat­an Air atau Akta 655 untuk mengambil alih kawalan operasi konsesi air di Selangor sekiranya krisis air di negeri itu terus berpanjang­an.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata bagaimanap­un beliau berharap kerajaan Selangor dapat segera menyelesai­kan perkara itu dengan menyatakan nilai yang sesuai untuk mengambi alih Syarikat Pengeluara­n Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Anda tetapkan harga dan kerajaan bersedia untuk membantu anda jika tidak anda telah menyebabka­n rakyat menderita, semua halangan dan catuan (air) yang berlaku adalah dari kerajaan Selangor yang menyebabka­n perkara ini berlanjuta­n.

“Akta 655 boleh pakai atas nama keselamata­n negara, jika situasi ini berterusan kerajaan persekutua­n akan meneliti perundanga­n yang ada termasuk, penggunaan Akta 655 namun saya mahu elakkan kerana kami harapkan ada keputusan,” katanya dalam waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) mengenai cadangkan penggunaan Akta 655 yang memberi peluang kerajaan persekutua­n menyelesai­kan perkara tersebut sehingga selesai dan memberi semula kuasa kepada kerajaan negeri.

Menjawab soalan asal Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) mengenai status penstruktu­ran semula air Selangor, beliau berkata kelewatan pengambila­lihan itu berlaku berikutan kegagalan kerajaan Selangor menawarkan nilai pengambila­lihan SPLASH.

“Pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian penstruktu­ran air terpaksa lanjutkan tempoh pengambila­lihan SPLASH sehingga tiga kali iaitu pada kali pertama selama enam bulan sehingga 6 April 2017, kali kedua enam bulan sehingga 5 Oktober 2017 dan ketiga selama sembilan bulan sehingga 4 Julai 2018,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia