Utusan Borneo (Sabah)

Frederic, Anita johan lelaki, wanita

MTB Charity Ride PTEM SMK Bingkor Keningau

-

KENINGAU: Frederic Augustine dari Soon Soon Cycling Club dan Anita Marcus dari DRC team muncul sebagai johan dalam kategori Terbuka Lelaki dan Wanita pada MTB Charity Ride anjuran Pusat Tingkatan Enam (PTEM) SMK Bingkor, di sini barubaru ini.

Seramai 320 peserta dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan telah menyertai kayuhan amal sejauh 26.5 kilometer bertempat di sekitar Mukim Bingkor dan Liawan.

Kayuhan terbahagi kepada enam kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita, Master Lelaki A dan B, Otai dan Junior.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Keningau Azman Haji Ruslan telah merasmikan majlis itu dan seterusnya melepaskan para peserta kayuhan amal berkenaan.

Naib johan dalam kategori Lelaki Terbuka dimenangi oleh Mohd Hashim Abdul Hamid dari KM30 CC dan Jr Stanley dari Beluran CC sementera tempat kedua dalam kategori Wanita Terbuka dimenangi oleh June Phang dari Specialize­d team dan tempat ketiga Norizan Azmi dari Olinogot Riders Club.

Bagi kategori Lelaki Master A, johan dimenangi oleh Affandy Mohd Ali dari Olinogot Rider Club, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Ignatius Ranggang dan Mohd Mahyuddin Ismail dari Telupid CC.

Saidin Manap dari Soon Soon CC muncul sebagai johan dalam kategori Lelaki Master B diikuti oleh Micheal Philip dari Soon-Soon CC menduduki naib johan dan Jalanis Yusop dari Ranau CC di tempat yang ketiga.

Bagi kategori Otai dimenangi oleh Michael Voon Shau Phan dari DRC team di tempat yang pertama diikuti oleh Abdul Hamit Abdulila dari Tudan Baru CC di tempat kedua dan Ramlee Othman dari TRS Kinarut ditempat yang ketiga.

Chong Kah You dari Soon Soon CC muncul sebagai johan dalam kategori junior lelaki diikuti oleh Mohd Azif Sukilin di tempat kedua dan Lee Vin Ping dari Soon Soon CC di tempat yang ketiga.

Pelancaran telah disempurna­kan oleh Azman Hj Ruslan Pengerusi Felcra Plantation Services Berhad yang juga Ketua Penerangan Umno P.180 Keningau.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Azman sangat teruja dengan penganjura­n acara itu yang dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m pelbagai peringkat masyarakat yang mempunyai hobi sama iaitu berbasikal.

Pada majlis itu, Azman turut menyumbang­kan RM3,500 kepada SMK Bingkor bagi menjayakan program kokurikulu­m dan outreach Ekspedisi Serimsim di Kota Marudu.

Hadir sama pada majlis itu wakil Pegawai Pendidikan Daerah Haliman Narion, guru-guru dan para pelajar.

“Seramai 320 peserta dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan telah menyertai kayuhan amal sejauh 26.5 kilometer bertempat di sekitar Mukim Bingkor dan Liawan.”

 ??  ?? AZMAN menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada murid-murid yang memerlukan.
AZMAN menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada murid-murid yang memerlukan.
 ??  ?? AZMAN (depan) dan Haliman bersalaman dengan sebahagian para peserta kayuhan amal sebelum dilepaskan.
AZMAN (depan) dan Haliman bersalaman dengan sebahagian para peserta kayuhan amal sebelum dilepaskan.
 ??  ?? PARA peserta kayuhan amal bersaing untuk memenangi acara MTB Charity Ride anjuran PTEM SMK Bingkor Keningau baru-baru ini.
PARA peserta kayuhan amal bersaing untuk memenangi acara MTB Charity Ride anjuran PTEM SMK Bingkor Keningau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia