Utusan Borneo (Sabah)

Adam terima penghormat­an BN Tuaran

-

TUARAN:Adam Mohd Amrie Goh, 15, telah diberi penghormat­an oleh Barisan Nasional (BN) Tuaran barubaru ini atas kejayaan dalam bidang sukan acara squash.

Adam, seorang penuntut Tingkatan 4 di SMK Sri Nangka, di sini telah menerima Sijil Penghargaa­n yang ditandatan­gani oleh Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Sijil berkenaan telah disampaika­n oleh Timbalan Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam satu majlis yang telah diadakan di rumah bapa saudara Adam, Aradin Aning di Kg Marabahai.

Hadir menyaksika­n penyerahan sijil itu ialah kedua ibubapa Adam, Mohd Amrie Goh dan Lyrah Aning.

Adam mula mencipta nama semasa di sekolah rendah lagi apabila beliau dinamakan Tokoh Kokum SK Pekan Tuaran 2013-2014.

Ketika itu Adam baru berusia 9 tahun dan sudah jadi juara squash Sabah bagi umur 12 tahun ke bawah dan mewakili Sabah ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 2016-2017 beliau memenangi Anugerah Khas Kokum di SMK Sri Nangka.

Pada 2014 dan 2016, Adam telah mewakili Sabah ke Pulau Pinang.

Beliau sekali lagi jadi juara Sabah pada 2016 dalam ketegori umur 15 tahun ke bawah.

Tahun lalu, beliau mewakili Sabah ke Kuala Lumpur dan juga menyertai Singapore Open.

Pada 17 Mac ini Adam akan mewakili Sabah ke Melaka dan seterusnya ke Kejohanan Junior Kebangsaan di Bukit Jalil.

Beliau pernah mendapat Ranking 7 semasa Penang Internatio­nal, Ranking 5

di CIMB Championsh­ip

bagi umur 12 ke bawah dan Ranking 4 juga CIMB Championsh­ip bagi umur 15 ke bawah.

Ranking beliau setakat 2017 ialah 45 di peringkat Asian dan 17 bagi Ranking

Kebangsaan SRAM.

 ??  ?? ADAM (dua kanan) menerima sijil daripada Wilfred, diperhatik­an oleh bapanya Amrie dan ibunya Lyrah.
ADAM (dua kanan) menerima sijil daripada Wilfred, diperhatik­an oleh bapanya Amrie dan ibunya Lyrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia