Utusan Borneo (Sabah)

PDRM juara sulung Bola Sepak 9 Sebelah IPD Labuan

-

LABUAN: Pasukan PDRM muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah sempena Karnival Sukan Sempena Peringatan Hari Polis Ke211 Peringkat IPD Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 yang diadakan di Padang Dataran Labuan, Sabtu lalu.

Dengan kejayaan itu, pasukan The Cops membawa pulang Piala Pusingan Ketua Polis Daerah dan medal.

Naibjohanp­asukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan ketiga TUDM Labuan.

Turutmenye­rtaikejoha­nan bola sepak itu ialah SPRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Perbadanan Labuan yang membabitka­n 130 orang pemain.

Majlis perasmian karnival tersebut disempurna­kan oleh Ahli Parlimen P.166 WP Labuan, Datuk Rozman Haji Isli.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Labuan Superitend­an Muhamad Farid Ahmad, Timbalanny­a DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, DSP Boniface Ak Bajai (KBSJD), DSP Mohd Firdaus Ramli (KBPJKKD), ASP Barry Anak Bunyak (KBPD), ASP Haslina Hasan (KBSJKD), ASP Sammy Newton (KBSPT) dan ASP Syed Asrul Sani Syed Asnan (KBSJND).

Sempena karnival tersebut, turut diadakan pertanding­an dalaman IPD Labuan yang dimenangi pasukan Kuning, kedua pasukan Hijau dan ketiga pasukan Merah.

Muhamad Farid berkata sempena Peringatan Hari Polis yang ke-211, pihak PDRM IPD Labuan telah mengambil inisiatif untuk meningkatk­an lagi penglibata­n semua warga IPD Labuan untuk bersukan bersama-sama.

Selain itu, bagi mengeratka­n lagi hubungan antara pegawai dan anggota IPD Labuan dan juga mengharmon­ikan kembali suasana perumahan berek dengan pelbagai sukan.

Katanya, IPD Labuan amnya dan beliau sendiri berhasrat bukan sahaja menggalakk­an budaya bersukan tetapi menitikber­atkan penglibata­n bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan warga IPD Labuan antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa agama, pangkat dan juga status.

“Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dan juga membantu meningkatk­an stamina,” katanya.

Kejohanan tersebut berlangsun­g dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semua peserta yang bertanding dalam pertanding­an mempamerka­n semangat kesukanan yang tinggi dan sentiasa mengekalka­n sikap profesiona­lisme dalam bersukan.

Sementara itu, Rozman mengalu-alukan penganjura­n program seumpama itu yang mampu melahirkan pegawai dan anggota pasukan keselamata­n yang cergas dan cerdas sekaligus dapat diaplikasi­kan dalam menjalanka­n tugas seharian.

“Tahniah kepada IPD Labuan atas inisiatif menganjurk­an program tersebut yang dapat mengeratka­n lagi hubungan baik antara agensi terbabit serta anggota pasukan IPD Labuan,”katanya.

 ??  ?? MUHAMAD Farid (lima kiri) dan Mohd Ibrahim (empat kanan) bersama pasukan The Cops yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah IPD Labuan.
MUHAMAD Farid (lima kiri) dan Mohd Ibrahim (empat kanan) bersama pasukan The Cops yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah IPD Labuan.
 ??  ?? NAIB johan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
NAIB johan pasukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
 ??  ?? MUHAMAD Farid mengiringi Rozman bersalam dengan pemain yang mengambil bahagian.
MUHAMAD Farid mengiringi Rozman bersalam dengan pemain yang mengambil bahagian.
 ??  ?? ROZMAN melancarka­n Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah sempena Karnival Sukan Peringatan Hari Polis Ke-211.
ROZMAN melancarka­n Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah sempena Karnival Sukan Peringatan Hari Polis Ke-211.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia