Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha juara kategori lelaki

-

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha muncul juara kategori Lelaki Bawah 18 di Kejohanan Bola Baling peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2018 yang berlangsun­g di Padang Kolej Vokasional Labuan pada 5-9 Mac lalu.

Tujuh lagi sekolah menengah yang bertanding ialah SMK Labuan, SM Sains, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai, SMK Lajau, SM ST Anthony dan SM St Anne.

Menurut pengurus pasukan SMK Rancha-Rancha, Mohammad Abdullah, latihan yang intensif dan konsisten setiap petang selama dua minggu yang dikendalik­an jurulatihn­ya Hammadah Iskandar, membantu pasukan SMKRR bermain dengan baik dan seterusnya memenangi kejohanan kali ini.

Mohammad berkata sokongan dan dorongan Pengetua Omar Baki Matusin serta bantuan rakan-rakan, juga penguat semangat kepada pasukan sekolah untuk berjuang habis-habisan untuk muncul sebagai johan.

Penolong Kanan Kokurikum, Fauziah Idris sangat bangga dan berterima kasih kepada jurulatih, pengurus pasukan dan penyelaras sukan permainan yang sama-sama berganding bahu melatih muridmurid tanpa jemu.

Katanya, ini menunjukka­n komitmen hebat guru-guru demi memastikan KPI pengetua tercapaiia­itusetiapp­enyertaan dalam setiap pertanding­an yang disertai oleh SMKRR berada di ‘Top 3’.

“Ini juga menunjukka­n konsep guru sayang muridnya yang menjadi cogan kata Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin dipraktikk­an dengan baik oleh guru-guru SMK Rancha Rancha,” katanya.

Pengetua SMKRR Omar Baki turut mengucapka­n tahniah dan terima kasih atas usaha gigih guru-guru dalam memastikan kejayaan muridmurid dan juga sekolah.

Beliau berharap kesungguha­n guru melatih dan kesungguha­n murid berlatih akan terus menjadi contoh kepada pasukan lain yang bakal bertanding di kejohanan- kejohanan akan datang.

“Keberhasil­an seperti inilah yang sentiasa saya tekankan kepada guru-guru agar sama-sama berusaha untuk kejayaan sekolah.

“Latihan yang baik, konsisten dan terancang, kesungguha­n guru pasti membuahkan hasil,”kata beliau lagi.

Pasukan SMK RanchaRanc­ha membuktika­n kehebatann­ya apabila tiga pemainnya membawa pulang anugerah Penjaring Terbanyak menerusi pelajar Tingkatan 4, Mohd Firdaus Hatta, Penjaga Gol Terbaik oleh Mohd Fardy Hanizam (Tingkatan 4), manakala Pemain Terbaik disandang Rahiman Rahmani juga pelajar Tingkatan 4.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Penyelia Unit Bahagian Kelab dan Persatuan, Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Labuan, Asmawi Ahmad.

Turut hadir Penolong Kanan Kokurikum, Fauziah Idris dan Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Pantai, Wan Azman Wan Awang.

 ??  ?? PEMAIN pasukan bola baling SMK Rancha-Rancha meraikan kejayaan mereka bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m, Fauziah Idris (tiga kiri) Jurulatih Hammadah Iskandar (kiri) dan Pengurus Pasukan Mohammad (kanan).
PEMAIN pasukan bola baling SMK Rancha-Rancha meraikan kejayaan mereka bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m, Fauziah Idris (tiga kiri) Jurulatih Hammadah Iskandar (kiri) dan Pengurus Pasukan Mohammad (kanan).
 ??  ?? PEMAIN Terbaik, Rahiman Rahmani menerima trofi daripada Asmawi sambil diperhatik­an oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m SMKRR, Fauziah Idris.
PEMAIN Terbaik, Rahiman Rahmani menerima trofi daripada Asmawi sambil diperhatik­an oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m SMKRR, Fauziah Idris.
 ??  ?? ASMAWI menyampaik­an hadiah Penjaring Terbanyak kepada Mohd Syafiq Firdaus Hatta.
ASMAWI menyampaik­an hadiah Penjaring Terbanyak kepada Mohd Syafiq Firdaus Hatta.
 ??  ?? MOHD Fardi Hanizm yang memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik menerima trofi daripada hadiah Asmawai.
MOHD Fardi Hanizm yang memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik menerima trofi daripada hadiah Asmawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia