Utusan Borneo (Sabah)

Fours Sabah muncul juara

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan fours Sabah muncul juara pertanding­an boling padang Karnival Bakat Pelapis anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) di Negeri Sembilan pada 8-10 Mac lalu.

Presiden Persatuan Boling Padang Negeri Sabah (PBPNS), Datuk Ladislaus Maluda berkata, pencapaian itu membanggak­an kerana ia adalah penampilan pertama di luar Sabah pemain-pemain berusia 15 tahun ke bawah itu dalam pasukan berkenaan.

Pasukan itu dianggotai Abi Afiq Ahmad, Muhammad Alif Aiman Affendy, Asmirul Arispadill­a dan Muhammad Nurnizam Subper.

Mereka menewaskan Selangor 10-5 pada pertarunga­n akhir. Sebelum itu mereka mengetepik­an cabaran Terengganu 14-7 pada separuh akhir.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran sebaliknya hanya menghantar mereka untuk menimba pengalaman dan pendedahan. Bagaimanap­un mereka balik dengan gelaran juara. Ia adalah bonus buat kita.

“Pencapaian ini menunjukka­n program pembanguna­n PBPNS berada di landasan yang betul. Tahniah juga kepada jurulatih PBPNS terutamany­a Affendy Tan dan Nizam Atoh yang terlibat secara langsung membimbing pemain-pemain muda ini,” kata Ladislaus.

Menurutnya, beliau sendiri telah memantau prestasi pemain-pemain muda itu semasa Sukan Sabah (Saga) 2017 Sandakan dan mereka memang mempunyai kelebihan terutama dari segi kematangan permainan.

“Saya pasti akan berbincang dengan jurulatih-jurulatih kami bagaimana untuk memanfaatk­an bakat besar mereka ini.

“Kami akan pastikan mereka ini terus mendapat pendedahan dalam pertanding­an tempatan dan kebangsaan bagi menggilap potensi mereka seterusnya menjadi sebahagian daripada anggota skuad Sabah ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 Perak,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN fours Sabah bersama Timbalan Presiden PBPNS, Shuib Hashim (kanan) dan Nizam (kiri) menunjukka­n pingat emas yang dimenangi sambil memegang bendera Sabah.
PASUKAN fours Sabah bersama Timbalan Presiden PBPNS, Shuib Hashim (kanan) dan Nizam (kiri) menunjukka­n pingat emas yang dimenangi sambil memegang bendera Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia