Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan dari 10 negara

Kejohanan Ragbi 7-Sebelah Borneo 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINABA­LU: Sepuluh negara akan menghiasi aksi di Kejohanan Ragbi 7-Sebelah Borneo 2018 (Borneo 7s) di Sandakan bermula 16-18 Mac.

Kehadiran penyertaan luar negara itu akan membawa bersama beberapa pemain ternama dunia untuk bertarung di kejohanan yang disertai lebih 20 pasukan yang dianjur Kelab Ragbi Eagles (ERC) itu.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU), Dr. K.H Tan berkata, sejak dianjur 15 tahun yang lalu, kejohanan itu disertai oleh pasukan-pasukan ternama sekitar Asia Pasifik.

“Kejohanan ini diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) serta disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS)serta Institut Sukan Negara (ISN).

“Pada tahun ini, Borneo 7s juga mendapat pengiktira­fan dari Ragbi Asia (RA), di mana presiden RA Aga Hussain dijangka akan hadir menyaksika­n kejohanan itu berlangsun­g nanti,” jelasnya.

Menurut beliau, pasukan Borneo Eagles selaku tuan rumah akan bertanding menggunaka­n nama NZ Borneo Eagles untuk mempertaha­nkan gelaran juara.

“Borneo Eagles merupakan juara lima kali kejohanan ini termasuk juara hatrik selepas memenangi kejohanan ini untuk tiga tahun berturuttu­rut pada tahun lalu. Tahun ini, pasukan itu akan terus diperkuatk­an oleh beberapa pemain kebangsaan New Zealand.

“Ketika ini, sebanyak 14 pasukan lelaki telah mengesahka­n penyertaan dan pihak penganjur masih menantikan pengesahan penyertaan dari pasukan Korea Selatan yang masih belum membuat keputusan.

“Pasukan-pasukan lain ialah Sabah Eagles, Sabah Sukma, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Labuan, serta pasukan-pasukan antarabang­sa dari Hong Kong, Sri Lanka, dan Australia,” tambah Tan.

“Dalam kategori wanita, sebanyak 10 pasukan dijangka akan bertarung termasuk juara bertahan Sri Lanka yang dijangka akan mendapat tentangan sengit dari pasukan Negara Thai yang kini menduduki rangking ketiga Asia.

“Dua pasukan luar negara itu akan disaingi oleh pasukan tujuh sebelah negara dan dua pasukan dari Sabah,” katanya lagi.

“Kejohanan ini diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) serta disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS)serta Institut Sukan ” Negara (ISN). DR. K.H TAN Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Sabah (SRU)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia