Utusan Borneo (Sabah)

Padang becak jejas rentak Sabah

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Padang becak dan berair menjejaska­n rentak Sabah untuk hanya berpuashat­i dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang MISCMIFA pada saingan Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Isnin lalu.

Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating berkata, beliau terpaksa merombak taktik secara spontan kerana mereka tidak pernah berlatih dalam keadaan padang seperti itu.

Hujan lebat juga menyebabka­n sepak mula perlawanan itu tertangguh kira-kira 35 minit dari jadual asal.

“Dengan keadaan padang becak selain air yang bertakung, kita tidak dapat melakukan hantaranha­ntaran bawah seperti mana cara kita bermain sebelum ini.

“Kita terpaksa melakukan hantaran-hantaran jauh dan cara itu tidak banyak membantu pasukan pada malam tadi. Apapun saya bersyukur kerana kami tidak tewas, sekurang-kurangnya kita membawa pulang satu mata dari gelanggang lawan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Pada perlawanan itu, Sabah mendahului 1-0 pada minit ke-15 hasil jaringan penyerang utama, Hector Omar Ramos Lebron yang lebih dikenali dengan panggilan Pito di kalangan rakan-rakan sepasukan.

Pasukan tuan rumah di bawah bimbingan K. Devan bagaimanap­un berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thinagaran Baskeran pada minit ke-30 dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga permainan tamat.

“Sasaran memang untuk meraih mata penuh tetapi kami terpaksa berpuashat­i dengan satu mata terutama ketika lawan nampak lebih serasi dengan keadaan padang pada separuh masa kedua.

“Sekurang-kurangnya kita masih mengekalka­n rekod tanpa kalah kita,” kata Jelius.

Keputusan itu kembali meletakkan Sabah di kedudukan kedua dari tangga ketiga sebelumnya dengan mengumpul sembilan mata selepas lima perlawanan dengan rekod dua menang dan tiga seri.

Kedudukan teratas masih milik Felda yang telah mengumpul maksima 15 mata dari lima perlawanan manakala UiTM ditangga ketiga juga dengan sembilan mata tetapi berada di bawah Sabah berdasarka­n perbezaan jaringan.

Sarawak di tangga keempat dengan lapan mata diikuti Felcra dan MISC-MIFA yang masing-masing mengutip tujuh mata untuk berada dalam kelompok enam pasukan teratas di kalangan 12 pasukan dalam saingan itu.

Samabil itu, Jelius memberitah­u bahawa pasukan akan terus berlatih sebelum diberi tiga hari cuti minggu depan kerana perlawanan seterusnya hanya akan berlangsun­g pada 30 Mac, menentang UiTM di Stadium Likas.

 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia