Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Futsal Terbuka Pedalaman Atas 17-18 Mac

-

TENOM: Selepas kejayaan menganjurk­an Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah sempana Karnival Sukan Parlimen Tenom, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan Kejohanan Fustal Terbuka Pedalaman Atas Lelaki dan Wanita pada 17 dan 18 Mac ini .

Pertanding­an diadakan di dua lokasi iaitu di Gelanggang Fustal Tenom dan Gelanggang Fustal Kampung Entabuan Tenom.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar berkata, pertanding­anini menyediaka­n hadiah wang tunai, piala dan medal bagi setiap pasukan yang berjaya ke pusingan akhir.

Katanya, bagi johan ketegori Lelaki dan Wanita akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 piala dan medal, naib johan wang tunai RM700, piala dan medal, tempat ketiga dan keempat akan menerima wang tunai RM300, piala dan medal.

“Selain dari itu pihak penganjur juga turut menyediaka­n hadiah wang tunai RM200 kepada Pasukan Terbaik, manakala Pemain Terbaik, Pejagala Gol Terbaik dan Penjaring Terbanyak akan menerima RM100,” katanya, di sini pada Selasa.

Menurut Jamawi yang juga KetuaPener­anganPerge­rakan Pemuda Umno, selain mencungkil bakat bakat sukan khususnya fustal, kejohanan ini juga sebagai platform kepada golongan muda untuk memperkuku­hkan hubungan silatulrah­im melalui sukan.

“Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM50 setiap pasukan di mana ianya terhad kepada 40 pasukan yang terawal menghantar borang penyertaan,” tegasnya.

Bagi yang berminat untuk menyertai perlawanan tersebut boleh menghubung­i Matius Piri (013-8710864), Zetee (013-5557000) atau berhubung di Pejabat Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia