Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan berganda Silva di Stoke pastikan City semakin hampir julang kejuaraan liga

-

STOKE-ON-TRENT, England: David Silva menunjukka­n kepentinga­n beliau ketika Manchester City menghampir­i kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menjaringk­an dua gol untuk menewaskan Stoke City di sini Isnin lepas.

Skuad kendalian Pep Guardiola boleh menang dengan jumlah gol lebih banyak ketika menentang lawanyangb­ersaingmen­gelak penyingkir­an, sekiranya tidak mensia-siakan banyak peluang.

Jika City menang perlawanan liga seterusnya di Everton pada 31 Mac, ia akan memastikan pertemuan menentang kelab jiran Manchester United di Stadium Etihad pada awal bulan hadapan akan memastikan City mengesahka­n kejuaraan sekiranya menang.

“Semua orang di ‘wilayah’ biru Manchester tahu ia adalah satu peluang sekali seumur hidup tetapi saya pasti ia tidak akan terlepas dari genggaman kami,” kata kapten City, Vincent Kompany.

Jika perlawanan 7 April bertukar menjadi sambutan kegembiraa­n buat City, maka Silva, di mana kreativiti dan hantaran beliau menjadi asas kepada kejayaan pasukan dan selayaknya mendapat penghargaa­n.

Silva, dimanaanak­lelakinya lahir pramatang pada bulan Januari, menghabisk­an masa berulang alik dari Manchester ke Sepanyol untuk bersama keluargany­a, namun tiada petanda masalah luar padang itu memberi kesan kepada dalam padang.

“Apabila saya bermain bola sepak, saya lupa tentang perkara lain, ia bagus untuk saya bermain,” kata Silva selepas perlawanan. “Kehidupan peribadi saya tidak menyenangk­an ketika ini tetapi anak saya bertarung dengan kuat dan semakin bagus.”

Silva membuka jaringan pada minit ke-10 dari satu hantaran pendek Raheem Sterling.

Penjaga gol City, Ederson, hanya diuji sekali dalam separuh masa pertama apabila menepis satu tolakan tidak sengaja rakan sepasukann­ya, Kyle Walker, walaupun Badout Ndiaya mempunyai satu peluang untuk Stoke tetapi tersasar.

Stoke, di tangga kedua dari bawah liga, menunjukka­n kesungguha­n dalam permainan mereka tetapi City sentiasa mengawal permainan dan Silva menambah jaringan lima minit selepas rehat selepas bertukar hantaran dengan Gabriel Jesus.

Impak Silva ke atas City, terutama sekali musim ini, bukan hanya kerana sentuhan bijak beliau tetapi juga kesungguha­n dan kadar kerja dalam padang – kualiti yang beliau tunjukkan di Stoke.

“David Silva mengawal rentak. Beliau mempunyai kemahirand­alamhalini­tetapi dalam keadaan buruk, beliau ada mengawal permainan dan seorang pesaing yang agresif,” kata Guardiola.

City akan berlepas ke Abu Dhabi untuk rehat selain latihan kerana mereka tidak mempunyai perlawanan sehingga menentang Everton pada 31 Mac selepas tersingkir awal dari saingan Piala FA Inggeris selain liga berhenti seketika untuk perlawanan persahabat­an bola sepak antarabang­sa. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? SILVA (kiri) menolak bola mengatasi penjaga gol Stoke, Butland (kanan) ketika menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan di Stadium Bet365, Stoke-on-Tren pada Isnin lepas.
— Gambar AFP SILVA (kiri) menolak bola mengatasi penjaga gol Stoke, Butland (kanan) ketika menjaringk­an gol kedua City pada perlawanan di Stadium Bet365, Stoke-on-Tren pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia